18 May, 2010

Asparagus Goreng Belacan.

Hah hari ni merupakan hari pertama kita masuk dapur setelah hampir sebulan lebih asyik dok terbaring jer. Hari ni kita masak lauk sejenis 2 dulu sebab masih tak boleh berdiri lama. Hari ni kita masak lauk pindang ikan kembung dan asparagus goreng belacan. Lauk yang nak dikongsi resepinya hari ni 'Asparagus Goreng Belacan'. Actually resepi kita dapat dari blog salah seorang kawan. Cuma tak ingat dari blog mana sebab dah lama benar kita simpan resepi ni. Tetiba hari ni tergerak nak buat asparagus goreng belacan ni sebab hubby beli asparagus. Okey, meh amik resepi ni ye.

Bahan-bahan :

Segenggam asparagus (dipotong menyerong)
Beberapa ekor sotong
6-7 biji cili merah
2-3 biji cili padi
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Belacan sebesar ibu jari
Asam jawa secukup rasa
Garam secukup rasa
Sedikit air

Cara-caranya ;

Blendkan bawang merah,bawang putih,bawang besar, cili merah,cili padi dan belacan. Tumiskan bahan blend hingga garing, masukkan sotong yang dipotong kecil-kecil. Masukkan sedikit air dan masak sotong sehingga lembut atau masak. Bila sotong dah masak,masukkan asparagus dan kacau beberapa kali. Jangan terlalu masak sangat asparagus tu, nanti lembut sangat tak sedap. Bolehlah diangkat dan hidang bersama nasi.



ASPARAGUS GORENG BELACAN

Kembali Bertenaga

Assalammualaikum semua. Kita dah kembali untuk up-date blog. Syukur alhamdulillah kita dah mula rasa bertenaga dan segar semula selepas melalui tempoh 'morning sickness', loya-loya dan pening. Kalau sebelum ni memanglah payah nak bangun dari katil..bila bangun je rasa berat kepala dan pening. Mulalah loya dan muntah hinggakan badan jadi layu. Nak masak pun susah, mujurlah ayah kita banyak membantu kat dapur. Dulu kita yang jaga ayah sakit, la ni ayah pula yang jaga kita balik. Ayah pula yang masak makan bagi kita dan tolong tengokkan Adam. Manja betulkan kita ni. Terima kasih kat ayah kerana susah payah jaga dan masak makan untuk kita. Lepas 3-4 hari pula mak datang dari kampung untuk membantu menjaga dan memasak sehingga kita betul-betul bertenaga. Alhamdulillah lega bila lihat mak pula datang menolong. Sekarang ni kita pula dah semakin beransur pulih dari morning sickness. Jadi boleh la mula mengemas rumah sikit-sikit dan memasak. Kehamilan kali ni kita banyak berbaring berbeza dengan kehamilan dulu. Kalau kehamilan dulu kita boleh pi shopping, travel dan snorkeling walaupun diawal kehamilan. Tak perlu nak makan benda masam-masam atau stand-by plastik dalam handbeg. Tapi kehamilan kali ni nak keluar gi shopping pun tak larat. Nak makan buah mangga muda cicah kuah rojak dan serbuk asam. Nak makan buah oren.. Mak kita kata mungkin kehamilan kali ni kita mengandungkan anak perempuan. Kalau perempuan memang kita sukalah sebab belum ada anak perempuan lagi. Bagi kita tak kisahlah anak yang bakal lahir nanti perempuan atau lelaki kerana itu anugerah Allah yang tak ternilai bagi diri kita. 

Di harap rakan-rakan semua tunggu entry kehamilan kita yang lain pula ye. Ni nak memasak pula rasa lama betul tak masuk dapur. Rindu pula kat periuk, belanga, senduk dan sudip. 

10 May, 2010

Sudah 6 Minggu

Assalammualaikum. Lama betulkan kita tak up-date blog. Maaflah semua rakan-rakan, bukan kita malas nak up-date blog. Tetapi kesihatan kita tak mengizinkan kita untuk duduk menghadap depan pc berjam-jam lamanya. Hinggakan kita tak sempat nak singgah blog rakan-rakan semua. Mesti ramai yang tertanya-tanya (ada yang bertanya ke?) mengenai tajuk entry kali ni kan. Tajuk tu sebenarnya ada kena mengena dengan kehamilan kita kali ni.
Ya...kita mengandung lagi..  Happy  Syukur alhamdulillah....akhirnya saya berjaya juga untuk mengandungkan anak ke-2 dengan izin hubby. Sebelum ni hubby memang tak nak tambah sorang lagi. Bagi hubby cukup la sorang selepas dia melihat saat-saat kesakitan ketika melahirkan Muhammad Adam. Tapi selepas kami berbincang dan kita pun cerita keinginan untuk tambah sorang lagi, akhirnya hubby pun setuju. La ni kita dah masuk 6 minggu hamil. Kehamilan ke-2 ni buatkan kita rasa loya-loya lebih awal dari kehamilan pertama dulu. Tak boleh bau wap nasi dan bau tumis-menumis ni. Mulalah kita pening dan loya-loya. Kita harap sepanjang tempoh kehamilan ni segalanya dipermudahkan seperti kehamilan pertama dulu.

Saya dah berusia 6 minggu.
(Gambar ehsan Google)

Buat sementara ni kita akan berhenti up-date blog untuk berehat sehinggalah kita benar-benar rasa bertenaga semula. Jadi kita berharap sangat rakan-rakan tersayang semua sabar menunggu entry kita yang akan datang ye (tak tau lagi bila entry yang akan datang). Insyaallah jika kita kembali bertenaga, mungkin kita akan up-date pengalaman sepanjang kehamilan ni. Salam sayang dan rindu buat semua rakan-rakan tersayang kita.

Followers

Related Posts with Thumbnails