13 April, 2010

Bunga Melur/Jasmine

Lirik lagu bunga melur oleh ALLAHYARHAM Tan Sri P. Ramlee
Bunga Melur/Jasmine akan menjadi bunga rasmi Jelitawans The Club di Facebook.





Nama Tempatan: Bunga melur
Nama Saintifik: Jasminum Sambac
Nama Lain: bunga melati, Arabian jasmin, jasmine,yasmin
Famili : Oleaceae



Hari ni kita nak berkongsi sedikit mengenai khasiat yang terdapat dalam Bunga Melur atau Jasmine. Tahu tak daun bunga melur boleh menambahkan penghasilan susu ibu. Biasanya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara di waktu pagi sebelum mandi. Biasanya masyarakat melayu selalu amalkan cara ni kalau susu ibu tak banyak. Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. Mak kita pula suka campurkan bunga melur dengan bancuhan bedak sejuk untuk awet muda dan berbau harum katanya.

Tentu ramai yang ketahui masyarakat cina dan jepun gemar meminum teh hijau. Bunga melur/jasmine biasa dicampurkan dengan teh hijau dan mungkin adalah teh yang paling popular di seluruh dunia kerana memiliki manfaat kesihatan jauh lebih banyak dibandingkan dengan teh biasa.

Bagi masyarakat india pula bunga melur selalu digunakan dalam perubatan ayurveda.

Teh jasmine boleh mengurangkan tekanan darah tinggi dan kadar kolesterol, antioksida, antivirus, mengurangkan stres, mencegah kanser tertentu, diabetes dan menguatkan sistem imun tubuh antara kesan positif yang lain. Ditanamkan secara luas untuk bunga yang indah, melur merupakan salah satu tanaman subtropis dan tropika yang pelbagai dengan lebih daripada 200 jenis dan wangi bunga putih, kuning dan merah.

Selain khasiat yang disebutkan diatas, teh jasmine/melur juga baik untuk sesiapa yang ingin menurunkan berat badan secara semulajadi. Teh jasmine dipercayai merangsang badan kita untuk membakar kalori/lemak dan menyingkirkan toksid dalam badan melalui pembuangan air besar. InsyaAllah jika kita selalu amalkan  minun teh bunga melur.



Di rumah kita teh hijau jasmine ni memang sentiasa ada..sebab my hubby kan Chinese. Sampaikan kita sendiri terjebak minum teh hijau jasmine. Sehari tak minum rasa tak senang duduk pula.



Sumber : Ratuhati, Carian di Google dan Pn.Norlaili Salleh








12 April, 2010

Bingka Roti dan Jagung

Assalammualaikum. Pagi tadi keluarga kita bersarapan dengan kuih bingka roti dan jagung yang kita buat. Respond yang kita terima selepas keluarga rasa, sedap kata my hubby dan ayah. Ini merupakan kali ke-2 kita buat kuih bingka. Dulu kita buat bingka tepung saja. Ayah kita pula peminat kuih bingka, jadi kita terfikir untuk buat kuih bingka. Nak buat kuih bingka ni senang sangat, masukkan je bahan-bahan lepas tu bakar. Resepi buat bingka ni kita dapat dari mak. Terima kasih mak sebab ajar akak buat bingka roti dan jagung ni. Hari ni rasa rajin pula ambil gambar dan nak berkongsi resepi kuih bingka ni dengan semua. Ni resepinya ;


Bingka Roti & Jagung

Bahan-bahannya ;

Telur - 3 biji
Gula - ikut citarasa masing-masing, nak manis lebihkan
Roti Gardenia -1 bungkus (koyakkan kecil-kecil)
Tepung gandum - 3 senduk
Mentega - 2 senduk (dicairkan)
Santan - 250ml (saya guna santan kotak, lagi sedap kalau guna santan yang kita perah sendiri)
Jagung Manis - 1 tin
Sedikit esen vanila dan garam

Cara-caranya ;



Pukul telur, esen vanila dan gula sehingga sebati.




 Kemudian masukkan mentega cair ke dalam bancuhan telur dan gula.




Masukkan pula santan, tepung gandum dan roti. Biarkan selama 10-15 minit atau sehingga roti kembang.




Akhir sekali masukkan jagung manis dan sedikit garam.





Griskan tepi periuk dengan mentega dan tuangkan bancuhan bingka.





Bakar selama 1 jam diatas dapur gas atau di dalam oven. Biarkan sejuk barulah dialihkan ke dalam piring dan dipotong.




Jemput makan. Sedap untuk sarapan pagi dan juga minum petang.

10 April, 2010

Tag Sepuluh..

Tag 10 ni datang dari nuyue. Terima kasih nuyue tag kita. Maaflah lambat sangat kita siapkan tag ni. Sibuk memanjang je..macam2 hal nak dibuat.

Okey lah,nak jawab tag ni ada caranya pulak.
Anda perlu copy tajuk entry "sepuluh" dan paste di post anda. Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya.

 

Baiklah, sekarang saya jawab dalam bahasa melayu sepenuhnya.


[1] Siapakah diri anda di rumah?

Seorang surirumah sepenuh masa. Isteri yang mencintai suami dan mama kepada anak kesayangan Muhammad Adam Wong.




[2] Siapakah diri anda disamping rakan?

Saya tak ramai kawan. Saya cuma ada kawan yang benar-benar rapat dengan saya. Bagi mereka saya ni merupakan seorang penyabar, pendiam dan pemalu. (Ya ke ni?)




[3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai

1) Nak anak perempuan
2) Nak rumah lebih besar
3) Nak bawa mak & ayah ke Mekah

Itu saja yang saya idamkan buat masa ni.



[4] Siapakah nama pasangan anda?

Muhammad Aminuddin Wong




[5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda

Sebenarnya banyak yang saya suka mengenai pasangan saya. Tapi diminta senaraikan 5 sahaja. Saya senaraikan 5 sahaja.

1) Penyayang
2) Romantik (ni kadang-kadang saja)
3) Kelakar
4) Ambil berat tentang keluarga dan orang lain
5) Peramah



[6] Bila tarikh anda couple?

22 Februari 2002




[7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?

Ni berlaku ketika 2 hari sebelum hari pernikahan. Ketika dalam perjalanan balik dari pejabat agama, kereta suami saya dilanggar treler yang datang dari arah belakang. Syukur alhamdulillah..kami tak ada apa-apa cuma kereta rosak teruk.




[8] Lagu tema cinta anda?

Kami tak ada lagu tema cinta..semua lagu kami suka.





[9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?

Perubahan...erm satu saja yang saya nak..jangan cepat panik. Be cool.




[10] Tag 10 rakan ada yang lain

Saya panjangkan tag ni pada kenalan-kenalan ini pula ;

Yanna Layola
Mama_Adha
Lana
Zures
Mrs.Asida
Ina
Sue79
Ibuabang
ummu fateh
mushidahaz

Harap semua sudi buat tag ni. Sayang anda semua.

06 April, 2010

Tag Lagi.


Assalammualaikum semua. Pagi ni senang sikit. Jadi kita nak siapkan kerja-kerja rumah yang diberi oleh rakan-rakan. Kali ni kita ditag. Tag datang dari Kelly dan Fatihah. Terima kasih ku ucapkan kepada Kelly dan Fatihah yang menge'tag nama ku. Maaflah sebab lambat sikit kita siapkan tag ni. Okey ni dia jawapan aku pada Tag yang korang hantar tu.

1)ADAKAH ANDA MERASA ANDA HOT??

Aku memang hot kot..kalau tak, takde lah gelaran 'hotmama'...ekekekee..




2)UPLOAD WALLPAPER PC/LAPTOP YANG ANDA GUNA SEKARANG??


 
 

3)CERITA PASAL GAMBAR INI?

Ni gambar keluarga kita. My hubby yang minta kita jadikan wallpaper PC. Ni gambar paling hubby suka..boleh tengok mama dan Adam.




4)KALI TERAKHIR MAKAN PIZZA?

Isshh...tak ingat. Baru ku perasan dah lama tak makan pizza..




5)LAGU TERAKHIR AKU DENGAR??

Nyanyian 'lalalalalala'....dari anakku Adam.




6)APA ANDA BUAT SAMBIL MENYELESAIKAN TAG NI??

Kemas rumah dan bermain dengan Adam




7)SELAIN NAMA SENDIRI, ANDA DIPANGGIL NAMA APA?

"MAMA" oleh anakku Adam
"MUMMY" oleh anak tiriku Annie
"SAYANG" oleh suamiku




8)TAG LAGI 5 ORANG SIAPA YANG ANDA NAK TAG

umiesofie
Nashays
Nuyue
Ibuabang
Ann



9)SIAPA ORANG NOMBOR 1 BAGI ANDA?

Merupakan seorang ummi yang tabah dan kuat. Bagi ku dialah supermom.




10)KATAKAN SESUATU PADA ORANG NO 5?

Ann...dah lama tak up-date blog. Ni akak tag Ann..bagi dia rajin sikit up-date blog.




11)NOMBOR 3 ADA HUBUNGAN DGN SIAPA?

Ummi kepada Nik Muhammad Darwish & isteri kepada Nik Zulkhairi




12)KATA2 CINTA UNTUK ORANG NOMBOR 4?

Semoga persahabatan yang terjalin selama ini merapatkan kita.



13)BERIKAN 5 YANG ANDA TAHU TENTANG ORANG YANG TAG ANDA?

Kelly

Isteri kepada Muhamad Daniel Chia.

Mummy kepada Danish Chia dan Daniey Chia.

Tinggal berdekatan Bangunan Centro,Klang
.
Sejak akhir-akhir ni suka berdiam diri.
Seorang yang baik hati dan kelakar.


Fatihah

Isteri kepada En.Mustaffa Yasin

Ibu kepada NACQRISMA MIA AMYRA dan MUHAMAD NACQRIS MIKAIL.

Tengah sarat mengandungkan anak ke-3

Rakan ku di Facebook dan Ratuhati

Baru berjinak dengan dunia blog.

01 April, 2010

Adam (1 Tahun 2 bulan/ 14bulan)

Hari ni Adam dah masuk umur 14 bulan. Nak cerita tentang perkembangan Adam. Sekarang Adam dah pandai membilang jari bila mama sebut "one two three'. Adam pun mulalah mengira jari-jemari halus dia tu. Tapi baru je mengira sampai 'five' dia dah ketawa gembira sambil tepuk tangan. Lagi satu kalau Adam dengar mama nyanyikan lagu 'tepuk amai-amai' mulalah dia berdiri sambil goyangkan kaki kiri dan menepuk tangan tanda gembira. Sekarang ni Adam dah pandai mengusik tok wan dia pula. Suka sangat main cak-cak dengan wan dia tu. Bila tok wan tak layan dia mulalah dia nak memanjat atas tok wan dia. Tok wan mana larat nak dukung Adam. Adam dah beratlah sayang. Macam manalah Adam tak berat..hari-hari mama masakkan bubur ayam dan daging khas untuk Adam. Suka pula tu makan pasta dengan keju. Bila waktu makan..mama dah siap lapikkan kain besar atas lantai. Tahu tak kenapa mama buat begitu? Mama buat macam tu sebab mama tahu Adam mesti sepahkan makanan yang mama suap. Bila Adam makan sendiri..mulalah makanan bersepah atas lantai. Suka sangat nak suap sendiri..tapi kebanyakkannya jatuh le ke lantailah sayang..sebab tu mama lapik kain. Mudah untuk mama bersihkan nanti. Bila bab makan mama memang kena banyak bersabar dengan Adam. Adam sekarang ni dah menunjukkan satu minat. Adam suka menulis...ini mungkin sebab Adam selalu nampak daddy  selalu menulis tiap-tiap hari. Bila nampak salah seorang dari kami menulis atas meja, Adam mulalah minta pen dari tangan. Lepas dah dapat pen dia minta pula kertas. Selalu mama berikan Adam sehelai kertas A4 kosong untuk Adam menulis (hehehe...conteng sebenarnya). Mulalah dia menulis tulisan yang hanya dia saja faham :-). Adam pun dah pandai mengenal huruf Jawi. Tapi baru 2 huruf yang dapat kenal. Huruf-huruf lain nampaknya Adam tak kenal lagi. Tak pelah sayang...nanti mama ajar lagi ye. Nanti bila mama senang mama belikan cd lagu alif ba tha untuk Adam dengar. Masa tu bolehlah Adam belajar perlahan-lahan ye sayang. Mama terlupa pula...Adam dah  tumbuh 2 batang gigi lagi sebelah atas. Sekarang Adam dah ada 6 batang gigi semuanya. Dah boleh kunyah makanan dengan sendiri. Sukanya dia kalau mama berikan buah anggur hitam yang manis tu. Dimasukkan sebiji ke dalam mulut sambil tu dia kunyah. Kalau sesiapa tengok mesti ketawa..lucu tengok muka Adam kunyah buah anggur. Berkerut-kerut muka Adam.

Ermm...sampai sini dulu mama ceritakan perkembangan Adam.


Adam tengah leka menulis sesuatu..




tak perasan langsung mama kat belakang dia





Mama doakan Adam membesar dengan sihat dan cerdik.

Followers

Related Posts with Thumbnails