28 March, 2010

Award Lagi..



Ku terima award lagi. Kali ni award datang dari Kak Fisa Othman dan juga Fiza. Ku masih baru dalam dunia blog tapi dah terima award ni. Terima kasih Kak Fisa dan Fiza..rasa diri ini dihargai walaupun kita tak pernah bertemu. InsyaAllah satu hari nanti kita pasti akan bertemu jua.

1) Thank and link the person that give you the award:

Dah link. Thanks to Kak Fisa & Fiza. I really appreciate it! :-)



2) Pass this award on to 20 Bloggers you've recently discovered and think are fantastic:

Rasanya ramai dah dapat award ni. Tapi ku nak beri juga kat beberapa rakan blog ku yang ku rasa patut dapat award ni.

Sasha aka Mumyalya
Fatihah
Della
Ina
Nuyue
Annsyifa
Ma
Hafiz Ng
Lana
Kelly910
darkchocolate
Lady of Leisure
Kak Risa
Mrs.Asida

Terimalah award ni ye.

27 March, 2010

Mommies Blogger Award Dari Lady Of Leisure


1) Bagi ucapan terima kasih pada siapa yang bagi award ni dan postkan dalam blog:

Terima kasih banyak-banyak kat Lady sebab beri award ni kat Eyta. Nice award.. :-)


2) Listkan tarikh lahir anak yang first dan seterusnya letakkan sekali nama anak yang ke 2, 3, 4 dan seterusnya:

Eyta mempunyai seorang je cahayamata..

Nama : Muhammad Adam Wong
D.O.B : 30.01.2009


3) Sesiapa yang pregnant boleh letak gambar pregnant:


Maaf lah..masa pregnant dulu tak suka bergambar.


4) Serahkan award ni pada sesiapa yang anda rasa hot mama:

Lana
Fiza@Umisofie
Fatihah
Ma
Ina
IbuAbang
Sue79
Fisa Othman
Mrs.Asida
Kak Risa
Idazs

24 March, 2010

The Quilter's Bag Giveaway!


Tadi jalan-jalan kat satu blog buttonsdotcom.blogspot.com terlihat ada giveaway. Kita tertarik nak join giveaway ni sebab goodie's yang akan diberikan memang menarik dan kita minat sangat. Ntah kenapa tiba-tiba jer nak mencuba nasib giveaway pula. Antara barang-barang yang kita suka sekali ialah butang, riben dan juga buku resepi coklat tu. Tarikh penyertaan giveaway ni bermula dari 21 Mac hingga 29 Mac 2010. Pemenang yang bertuah akan diumumkan pada 1 April 2010. Jadi ada masa lagi pada sesiapa yang nak join giveaway ni. Kita harap ramai lah yang menyertai giveaway ni bagi meriah sikit blog kawan kita tu.


Ni antara syarat-syarat untuk menyertai giveaway ni :-


1. Become our follower

2. Write something about our giveaway and link us in your blog

3. Tell your friend(s) about us

4. Let us know that you want to join our giveaway by leaving your comments here

Winner will get all of the above goodies - 3 yards of Large Half Circle ribbons from American Crafts Premium Ribbon, 3 Fat Quarters ( 2 x Calico, 1 x Susan Winget), 4 assorted sizes of flower buttons and 1 Family Living Simply Delicious Chocolate recipe book!

BEAUTIFUL BLOGGER AWARD.


Assalammualaikum. Apa khabar semua?.. Dah hampir 2 minggu rupanya kita tak up-date blog ni. Lama betul tu, dah bersawang-sawang rasanya. Sejak balik dari kampung dan bercuti di Langkawi, kita semakin sibuk rasanya. Sibuk dengan macam2 benda lah.

Ni nak ucap terima kasih banyak-banyak kat Fiza@Umisofie, Sasha aka Mumyalya dan Fatihah kerana sudi memberi award pada blog kita yang tak seberapa ni. Rasa sungguh berbangga dapat award ni. Ni merupakan award pertama kita sejak kita mula berblog last year. Rasa diri ini dihargai oleh kawan-kawan semua. Minta maaf juga kat Fiza@Umisofie, Sasha aka Mumyalya dan Fatihah  sebab kita lambat siapkan award ni. Sejak akhir-akhir ni rasa susah sikit nak berblog walaupun kekadang tu ku cuba curi sedikit masa untuk berblog.

1. Thank & link the person that gave you the award.
2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic
3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award
4. State 7 things about yourself.


7 things about me :-

* Isteri dan ratuhati kepada En.Amin Wong
* Mama kepada putera tersayang Adam Wong
* Mempunyai seekor arnab peliharaan bernama "LION"
* Sedang berusaha untuk mendapatkan seorang cahayamata ke-2 :-D (teringin baby girl)
* Sangat menyukai haiwan manja iaitu kucing..ku suka sangat tengok Arri & Molly
* Surirumah sepenuh masa bagi En.Amin dan anak tersayang Adam.
* Suka memasak, menghias rumah dan mencuba resepi baru.



Rasa-rasanya ramai dah kawan-kawan yang terima award ni. Jadi saya pass kan kepada kawan-kawan yang belum terima award ni. Sayang anda semua..

06 March, 2010

I-City

Apa khabar semua? Maaf la sejak 2-3 minggu ni aku kurang up-date blog. Masa begitu mencemburui ku. Nak jenguk blog kawan-kawan tersayang pun kadang-kadang tu ada saja gangguan.

Oklah..ku nak tunaikan permintaan Cik Lana yang minta ku up-date blog tentang I-City, jadi aku nak ceritakan sedikit tempat yang ku lawati baru-baru ni. Ada sesiapa dah sampai ke I-City? Cantikkan..dan  rasa terpegun.. Baru-baru ni aku dan family saja keluar ronda-ronda di I-City. Sesiapa yang ke sana mesti terpegun melihat keindahan hiasan lampu-lampu LED yang pelbagai corak dan berwarna-warni. I-City ni terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Tetapi terletak betul-betul di antara Klang & Shah Alam. I-City akan menjadi satu mercu tanda di Bandar Klang & juga Shah Alam. Merupakan projek I-Berhad yang mempunyai kemudahan dan prasarana yang canggih, selain sudah mendapat taraf koridor raya multimedia (MSC).

Untuk pengetahuan kawan-kawan tersayang, tiada bayaran dikenakan. Jadi boleh la bawa ahli keluarga seberapa ramai. Tapikan ada satu masalah...tempat letak kereta. Tempat letak kereta memang penuh, jadi perlu bersabar sikit. Ketika aku pergi malam tu pun terpaksa tunggu sehingga ada parking kosong. Kalau rajin berjalan mungkin anda boleh park jauh sikit dari tempat tu dan berjalan kaki masuk. Bila anda sampai sana jangan rasa tak nak balik pula yer(itu lah yang terjadi pada diriku :-)). Anda dan anak-anak akan sama-sama terpegun dengan keindahan lampu-lampu LED bermacam-macam bentuk. Ada bentuk pokok pine, panda, burung merak, Chinese cherry blossom, deretan tanglung dan bermacam-macam lagi lar..Aku tak boleh nak jalan lama-lama sebab dah lewat untuk Adam tidur. Jadi aku jalan sekejap jer sekadar melepaskan keinginan nak tengok lampu LED (ni gara-gara Kak Fisa yang post gambar I-City kat blog dia). Jangan marah kak :-D. Aku ada bertanya pada staff yang bertugas di sana, sampai bila pertunjukan lampu LED ni. Ku dimaklumkan staff tu katanya sampai bila-bila. Jadi kawan-kawan yang tak boleh nak datang dalam masa terdekat ni, tak perlu la risau. Bila-bila masa boleh datang. Aku pun nak pergi ke sana lagi. Mujurlah jarak perjalanan dari rumah ku ke I-City cuma memakan masa 10 minit. Tapi ada kawan kita tu jarak rumah dia dengan I-City lagi la dekat cuma 5 minit jer..Betulkan Kelly...hehehee..Tepat pukul 12.00 malam tempat tu akan ditutup.

Oklah..itu jer info aku nak share dengan kawan-kawan semua. Di bawah ni antara gambar-gambar yang sempat aku snap..(Maaf ye semua...gambar yang den ambil kurang cantik sebab den bukan amatur untuk ambil gambar ni..hehehe ;-)
Lampu-lampu LED Pokok Pine




Deretan Tanglung


Cantikkannn...


Rasa macam kat negara Jepun pulak...


Pokok limau mandarin


Tengok tu Adammm...bukannya dia nak pose depan kamera, asyik layan lampu LED depan dia jer..


Christmas Tree...

Adam suka sangat sampi berani pegang Pokok Krismas LED dengan muka yang selamber...

04 March, 2010

Pneumokokal

2/3/2010 baru-baru ni aku bawa Adam ambil suntikan vaksin pneumococcal. Kesian Adam nangis kena cucuk kat montot..Dulu time preggy aku tak tau apa benda pneumococcal ni. Bila Adam dilahirkan,aku kerap baca majalah Pa&Ma dan cari info kat RH baru lar ku tahu vaksin ni penting.. Vaksin ni adalah vaksin berbayar dan belum lagi ditanggung oleh kerajaan.(Eh betul ke ni?) Jadi pada parents yang mampu tu disarankan ambillah vaksin ni untuk anak2 tersayang. Mencegah itu lebih baik dari mengubatikan..Nanti dah terkena nak mengubati kosnya lebih banyak dari kos vaksin ni. Dalamentry ni aku ada paste maklumat tentang PNEUMOCOCCAL. Aku dapat maklumat ni dari sini.

Apa itu jangkitan Pneumokokal?

Penyakit Pneumokokal adalah disebabkan oleh sejenis kuman bakteria yang biasa menyebabkan jangkitan pada tekak dan telinga. Ia boleh menyebabkan jangkitan yang lebih serius seperti jangkitan paru-paru dan radang selaput otak.



Apakah yang menyebabkan jangkitan Pneumokokal?

Kuman penyebab penyakit ini ialah Streptococcal pneumoniae atau Pneumokokus yang terdapat dalam lapisan hidung dan tekak orang yang sihat (pembawa kuman). Kuman ini boleh merebak melalui batuk dan orang yang berada di persekitaran secara langsung.



Apakah vaksin yang ada dan bagaimana ia diberikan?

Vaksin terdahulu ialah pneumococcal polysaccharide vaccine (PPV) yang mengandungi 23 antigen pada lapisan yang telah ditulenkan. Vaksin yang terbaru ialah pneumococcal conjugate vaccine (PCV) yang telah diubahsuai dengan menggabungkan 7 lapisan kapsul polisakarida yang telah ditulenkan dan setiap satunya digabungkan dengan toksin difteria yang telah di nyah aktifkan, untuk mempertingkatkan keberkesanan vaksin ini. Polisakarida adalah kandungan gula kompleks yang merupakan sebahagian daripada kuman bakteria itu sendiri. Vaksin ini harus diberikan melalui suntikan ke dalam otot.

PCV boleh diberikan pada usia 2, 4 dan 6 bulan, manakala dos ke 4 diberikan pada usia antara 12 hingga 15 bulan. PCV atau PPV boleh diberikan kepada kanak- kanak berusia 2 hingga 5 tahun.



Siapa yang patut menerima vaksin ini?

Ibubapa boleh memilih untuk memberi vaksin ini kepada bayi-bayi mereka yang sihat. Vaksin ini adalah disarankan untuk kanak-kanak yang mengalami daya tahan badan yang lemah termasuklah mereka yang telah menjalani pembedahan pembuangan limpa atas sebab-sebab tertentu, contohnya seperti pesakit Talasemia (penyakit darah yang kronik).

01 March, 2010

Sup Ubi Teratai

Malam tadi aku dan hubby pergi pasar malam. Tujuan pi pasar malam tentulah nak beli makanan dan sedikit sayur untuk dibuat lauk hari ni. Malam tadi ketika aku sedang memilih sayur untuk dibeli, tiba-tiba my hubby nampak ubi teratai. Apalagi terus dia ambil dan minta aku masakkan ubi teratai tu. Tapi aku tak tahu masak ubi teratai ni. Biasanya orang cina yang makan ubi teratai ni, orang melayu bukan tak makan tapi rasanya jarang-jarang sekali nak masak ubi teratai ni. Hubbyku kata ubi teratai ni sedap dibuat sup. Aku pun tak tahu macam mana nak buat sup ubi teratai ni dan bahan apa yang nak dimasukkan dalam sup. Jadi aku pun apa lagi….buka Google lah. Nasib baiklah ada Google…dapatlah aku cari resepi ubi teratai ni. Huh…puas juga aku cari resepi ni kat google barulah dapat. Ha..resepi ubi teratai ni aku dapat dari sini. Jadi aku nak sharelah resepi ubi teratai ni dengan rakan-rakan blog. Selamat mencuba semua..

 Sebelum tu aku nak beritahu cara nak bersihkan ubi teratai ni. Bahagian kulit luar ubi ni perlu dikupas terlebih dahulu sebelum dihiris menyerong/bulat. Rendamkan ubi didalam air dengan sedikit jus lemon(kalau takde jus lemon, guna cuka pun boleh) untuk mengelakkan warna ubi bertukar hitam. Jangan lupa hanya gunakan periuk tanah/seramik untuk memasak sup ubi ni. Tujuannya untuk mengelak ubi bertukar warna hitam jika gunakan periuk logam.

Inilah rupa ubi teratai yang dikupas(kiri) dan belum dikupas(kanan).



Lotus Root Soup.

Ingredients

600g lotus root

300g chicken bone

5 red dates (aku masukkan 20 biji,sebab kurma merah ni rasanya sedap)

500ml water

Salt to taste

100gm Ji zi ( ni aku tambah sendiri,sebab kat rumah ada stok ji zi)



Directions for the stovetop

1. Wash and clean the lotus root of any mud and dirt. Skin it if you want. If not, scrub thoroughly

2. Cut the roots cross-wise so that they look like wheels

3. Keep the roots immersed in water to prevent them from turning black. You may want to add a little vinegar to the soaking water.

4. Wash the chicken bone.

5. Combine the water, chicken bone, lotus root and red dates in a soup pot and bring to a boil

6. Lower the heat and simmer for 1 to 1.5 hours

7. Salt to taste before serving

Rupa ubi teratai yang dihiris bulat...cantikkan...ni aku rendamkan dalam air dengan sedikit cuka.


Yang sebelah kiri atas tu ji zi(dalam bahasa mandarin) atau kei chi (dalam bahasa kantonis) bagus untuk kesihatan mata kita yang selalu dok menghadap komputer. :-)


Directions for the slow cooker

1. Follow directions from 1 to 5

2. Assemble chicken bone and lotus root in the slow cooker and add hot but not boiling water. Put on low and cook for 2 to 3 hours

3. There is less evaporation taking place for the slow cooker version. You will want to adjust the amount of water required. The actual amount depends on the size of your slow cooker. It should be enough to cover all the ingredients completely but not more than 80% full




Aku gunakan slowcooker untuk memasak sup ubi teratai. Mudah....masukkan semua bahan, lepas tu tinggalkan sehingga sup tu masak.

Sup teratai sedang dimasak dalam periuk rendidih/slowcooker





Inilah dia rupa Sup Ubi Teratai yang dah siap. Sedap diminum ketika masih panas. Memang betul sedap seperti kata hubbyku.

Apa lagi kawan-kawan,cubalah resepi ni.




Info Kesihatan :Ubi teratai mempunyai pelbagai khasiat antaranya merawat insomnia atau tidak dapat tidur malam, mengurangkan tekanan, merawat demam dan juga cirit-birit.

Followers

Related Posts with Thumbnails