27 February, 2010

ALHAMDULILLAH, AYAH SEMAKIN SEMBUH.

Assalammualaikum kepada semua rakan blog ku. Sebelum aku bercerita tentang kesihatan ayah, aku nak minta maaf sebab lama betul aku tak up-date blog ku ni. Mesti ada yang boring nak jenguk blog ku sebab berkurun tak up-date. Hehehehe... Sejak 2-3 minggu ni memang aku sibuk sangat. Sampaikan tak sempat nak layan fb dan buka blog rakan-rakan ku. Sibuk melayan saudara-mara sebelah hubby yang datang melawat ketika sambutan tahun baru cina, sibuk melayan kerenah Adam yang semakin hari semakin nakal dan kebetulan mak pula balik ke kampung (Kedah) jadi sibuk dengan kerja-kerja rumah. Nak buat kerja-kerja mengemas dan memasak kenalah tunggu si comel tu tidur dulu. Kalau tak, menangis la Adam tak nampak muka mama dia. Dulu kalau mak ada, bolehlah mak aku tengok-tengokkan Adam. Lepas ni pun aku tak tau bila pula aku ada masa nak up-date blog. Time menulis entry ni pun ku sedang buai Adam yang sedang nyenyak tidur didalam buaian.


Okey sekarang aku nak ceritakan kesihatan ayah aku. Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan yang mendoakan kesihatan ayah aku. Untuk pengetahuan semua, ayah aku semakin pulih dan sihat. Kalau sebelum ni ayah terbaring diatas katil tak mampu nak bangun dan makan sendiri. Tetapi kini ayah aku dah boleh bangun dari katil dan berjalan serta boleh makan sendiri. Aku rasa amat bersyukur kerana doa aku, keluarga dan rakan-rakan semua diperkenankanNYA. DIA memberi ku satu kesedaran didalam diri ni. Pengalaman menjaga ayah yang sakit tenat hampir 4 bulan dan kini hampir 2 bulan ayah aku semakin sembuh dari penyakitnya banyak mengajar aku erti kesabaran, kekeluargaan dan beristighfar padaNYA. Penyakit ayah aku tak mungkin boleh pulih sepenuhnya, itu yang diberitahu Doc kepada aku dan ayah. Ayah, aku dan keluarga redha apa yang terjadi. Sekarang ni ayah aku masih lagi menerima rawatan kemoterapi setiap bulan. Kesian pada ayah bila balik dari buat rawatan. Dia akan terasa panas selama seminggu ke 2 minggu. Tetapi ayah aku seorang yang kuat semangat, sejak ayah diberi rawatan kemoterapi ni aku belum pernah lihat dia jadi lemah. Malah dia semakin kuat bila terima rawatan tersebut. Aku rasa bersyukur ayah aku tak mengalami kesan sampingan yang lain seperti rambut gugur, pendarahan, pucat dan letih. Aku tak tahulah macam mana nak tempuhi hidup ini tanpa ahli keluarga aku yang sentiasa memberi dorongan dan kata-kata semangat. Aku rasa bersyukur memiliki sebuah keluarga yang bertolak ansur & memahami antara satu sama lain. Ayah aku ada bercerita pada aku, ketika dia sakit tenat dia nampak bayangan jasadnya dimandi dan dikapankan oleh anak-anak dan iman. Dia lihat keluarga ku mengadakan majlis tahlil dikampung. Bila dia dah semakin sembuh dan pulih, ayah aku berkata dia terasa seperti mati hidup semula. Pengalaman ayah sakit tenat benar-benar memberi peringatan dan keinsafan kepada dirinya, keluargaku dan diriku. Aku doakan semoga ayah ku dipanjangkan usia dan sentiasa diberkati ALLAH S.W.T. Amin.



15 February, 2010

Kerenah Adam Lagi..

Salam semua..rasa lama aku tak update blog ku ni. Mesti ada yang boring tertunggu-tunggu nak baca entry aku kan..(hehehe perasan..mcm la ada orang suka baca entry aku ni).
Ok lah..kali ni nak bercerita sikit tentang kerenah Adam. Sejak Adam dah masuk umur setahun ni...uh..uh..uh...punya la hyperaktif....tak larat aku nak layan kerenah dia. Sekarang ni dah pandai jalan lagi la payah nak jaga. Bagi aku, Adam merupakan seorang anak yang memang aktif..ada je benda yang nak diusik, dikemas, disepah2kan, tolak kerusi makan la..dan macam2 lagi yang dibuatnya kalau duk kat rumah. Tu belum lagi aku ceritakan kalau bawwa dia berjalan di shopping kompleks..hehehe… Anak aku sorang ni tak pernah kenal erti penat aku rasa. Kalau dah mula bermain memang tak nak berhenti berehat.. Bila aku suruh dia duduk, mula dia buat perangai nak menangis..padahal air mata pun tak keluar. Saja je dia nak bermanja dengan mama. Aku pula suka layan kerenah Adam (dia sorang je la anak aku). Tak kira la penat macam mana pun, aku akan tetap layan dia dengan penuh kasih sayang. Adam kalau dah nampak aku, mula nak dia menangis manja minta didukung. Lepas tu tangan tunjuk ke pintu, minta bawa dia berjalan-jalan kat luar. Ish..ok lah..setakat ni dulu entry aku pasal Adam.


Adam dengan baldi air kecil..baldi air tu pun boleh jadi permainan dia..






Aksi manja Adam.

14 February, 2010

Selamat Tahun Baru Cina 2010




Aku ingin ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina & juga teman-teman blogku. Tahun ni merupakan tahun ke-3 ku raikan Tahun Baru Cina Bersama hubby. Tahun ni aku dan keluarga macam biasa akan pergi melawat ke rumah mentua serta sanak saudara suami ku.

Nak cerita sikit tentang tahun baru cina ni. Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Aku berharap tahun Harimau pada tahun ni membawa tuah dan kesejahteraan kepada semua.
Selamat Tahun Baru Cina 2010.
















04 February, 2010

PRETTY ZAZA BABY FACE CONTEST


Tadi ku singgah sejenak ke blog kengkawan. Bila singgah ke blog Cik Nuyue, ku ternampak dia joined contest lagi....(gila bercontest betul la budak Nuyue ni, tengah sibuk2 pun sempat lagi godek2 gambar masuk contest ye). Aku pun apa lagi nak juga join contest anjuran Pretty Zaza.. Tarikh tutup contest ni 5hb Februari 2010 tepat pukul 12.00 tengah malam... Ni maknanya sempat lagilah untuk aku join. Ni pula antara syarat-syarat yang perlu diikuti untuk join contest ni.


* Buat ENTRY di blog anda berkenaan contest ini dan letakkan gambar anak anda berposing manja cam contoh gambar kat banner contest di atas tu..


( HEHEH.. Tak MANJA pun TAKPE la, janji muka baby!! CAMNER posing pun, tetap nampak COMEL! )



* Anak anda boleh berposing di mana-mana saja .. tetapi, sila CLOSE UP bahagian MUKA saja tau!!

( Kata, "BABY FACE" contest ?.. Mesti la kena fokus kat muka kan?!!)




TERMA DAN SYARAT :


1) Terbuka kepada semua pem'blog'2 yang ada

2) Add blog ni dalam blog list anda ( sesiapa yang belum jadi follower.. )

3) Letak banner contest di sidebar blog anda dan banner mestilah di'link'kan terus pada ENTRY Ni

4) Umur anak-anak anda mestilah dari 1 hari hingga 6 tahun.

5) Letak gambar anak anda beserta nama, umur dan jantina.

( Secara otomatiknya anak anda akan dikategorikan kepada dua kategori iaitu, BABY BOY & BABY GIRL mengikut jantina mereka)

6) Setelah siap N3 anda, sila tinggalkan jejak di bahagian komen supaya saya boleh menjengah N3 anda (bagi link untuk entry tu sekali..)

7) Pemenang akan dipilih berdasarkan kecomelan masing-masing dan gaya posing yang menarik hati.

8) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 Febuari 2010 tepat-tepat pada pukul 12.00 tengah malam.

9) Top 10 bagi kedua-dua kategori akan diumumkan pada 10 Febuari 2010

10) Top 5 pada 15 Febuari 2010 dan pemenang akan diumumkan pada 20 Febuari 2010.


Okey, dah habis bacakan.. Nak tengok tak gambar yang aku pertaruhkan...


Jeng..............





jeng............




jeng...........




hah....... ni lah gambarnya



Nama : Muhammad Adam Wong Bin Muhammad Aminuddin Wong
Umur : 1 tahun 5 hari
Jantina : Lelaki

Ku harap gambar Adam ni dapat menarik perhatian penganjur iaitu Pn. Zaza.



03 February, 2010

NUGET AYAM

Bahan-bahan.


400 gm isi ayam cincang

2 sudu besar tepung gandum

½ sudu teh garam

½ sudu teh lada putih

1 biji telur – dipukul
 
Serbuk roti secukupnya


Cara :

Gaulkan isi ayam dengan tepung gandum, garam & lada putih. Bentukkan bulat seperti nugget yang kita beli di pasaraya tu. Nak buat bentuk lain pun boleh, tapi jangan terlalu tebal ye. Lepas tu celupkan isi ayam ke dalam telur dan disaluti dengan serbuk roti. Gorengkan hingga kekuningan dan angkat. Sedap dimakan dengan sos cili..




Nota : Kalau nak buat nugget udang atau daging lembu pun boleh. Cuma tukar isi ayam tu ke udang atau daging lembu.
Nuget sedang digoreng



Nuget Ayam

02 February, 2010

BIRTHDAY ADAM.

KEK BIRTHDAY ADAM


ADAM NAK TIUP LILIN TU...


Seperti yang ku beritahu sebelum ni, aku memang tak nak buat parti harijadi Adam. Tapi last minute tok wan dia pula minta buat, jadi aku cuma buat untuk family je. Tak jemput sesiapa pun. Kek birthday Adam memang dah ditempah awal2 lagi sebab niat mula2 nak buat parti. Bila dah tak buat parti, kek tu kami agih-agihkan ke rumah jiran2 bersama sedikit mihun goreng,kari ayam,ayam goreng & karipap. Walaupun birthday Adam tak semeriah mana, kami sekeluarga bersyukur sebab dapat tunaikan permintaan tok wan.
Tok wan Adam masih tak sihat, tapi nak juga celebrate birthday cucu kesayangan dia. Belon-belon yang kat belakang gambar Adam & daddy ni, Pak Tam dia lah yang tiup semuanya..hehehe sampai termengah-mengah dibuatnya..Terima kasih Pak Tam tolong tiup belon-belon tu.

KONONNYA SUAPKAN KEK KAT DADDY LA TU YE..

HADIAH DARI IBU ANGKAT ADAM..


Lepas selesai kat rumah semua kerja2, aku & suami bawa Adam pergi ke rumah nenek sebelah hubby pula. Nasib baiklah kat rumah ku ada Pak Tam (pakcik Adam) jadi boleh la ku pergi lama sikit kat rumah nenek Adam. Dah lama tak jejalan kat rumah nenek Adam kat Selayang. Sebelum bertolak aku sibuk packing makanan yang aku masak untuk dibawa ke rumah mentua. Kami bertolak dari rumah pukul 6.30 ptg. Dalam perjalanan hujan turun lebat pula. Lambat juga la sampai Selayang, dekat pukul 8 baru kami sampai. Dirumah mentua Adam potong kek bersama dengan abang saudara dia Jason. Harijadi Jason pada 22/01, tapi mama Jason nak sangat Adam & Jason potong kek sekali.  Di bawah ni gambar2 Adam & Jason bergambar untuk potong kek di rumah mentua ku yang terletak di Selayang Baru.

POTONG KEK DI RUMAH NENEK. SEBELAH ADAM TU JASON.

ADAM DGN ADIK BERADIK SEBELAH DADDY. YANG PELUK ADAM TU, STEPSISTER ADAM, SIS AH NIE.

HADIAH DARI AUNTY IVY. THANK U AUNTY..


Followers

Related Posts with Thumbnails