30 January, 2010

Tag - My Pregnancy Story

Hari ni aku nak buat tag yang aku dapat dari blog kengkawan. Kebetulan pula hari ni Adam genap setahun, jadi aku fikir nak buat tag ni untuk mengingati kembali saat-saat mengandungkan dan melahirkan Adam dulu. ;-D

HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?

Period ku lewat 2 minggu. Buat test sendiri kat rumah, result positif. Aku bagi tau hubby, kami pi klinik nak pastikan lagi.



WHO DID YOU TELL FIRST?

My hubby la.. ;-)



WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?

Ya



WHAT IS YOUR FIRST CHILD NAME?

Muhammad Adam Wong



WHAT WAS YOUR FIRST CHILD’S SEX?

Boy


WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR YOUR OPPOSITE GENDER NAME?

Nur Sabrina Wong



DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX ?

Ya..



WHEN WAS YOUR CHILD BORN ?

30 January 2009 @ 11.28 am



DUE DATE WERE SUPPOSED TO BE ON WHAT DATE?

14 February 2009



HOW DO YOU FEEL WHEN YOU FIRST SAW YOUR BABY?

Alhamdulillah..seronok dapat melihat anak yang dkandungkan sampai menitiskan air mata.



HOW OLD WERE YOU AT THAT TIME?

28 years old.



DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX BEFORE YOU GIVE BIRTH?

Ya, tapi hubby ku tak nak. Biar kasi surprise katanya gitu..



DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?

Ya..sampai 6 bulan.



WHAT DID YOU CRAVE?

Chocolate Banana Cake(Secret Recipes)…hehehe..

Mesti makan 2-3 kali dalam seminggu tu.



WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?

tiada



HOW MANY KG's DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?

12 kg. hehehe



DID YOU HAVE A BABY SHOWER?

tiada



DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?

Alhamdulillah…tiada.



WHERE DID YOU GIVE BIRTH?

Hospital Bersalin Razif.



WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?

My hubby..



WHO IS YOUR GYNAE?

Dato Dr. Razif



HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?

Alhamdulillah..dalam sejam lebih. Walaupun masa tu pendek, tapi sakitnya ku rasakan seperti beberapa jam lamanya..


WHAT TIME DO YOU GAVE BIRTH?

11.28 am



WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?

My hubby, Doc & nurses..



WAS IT NATURAL OR C-SECTION?

Natural..



DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?

Ambil injection, rasanya pain killer kot.

DO YOU BREASTFEED YOUR BABY?

Ya…tapi bertahan selama 5 bulan jer.



ARE YOU PLANNING TO HAVE ANOTHER ONE RIGHT NOW?

Ya, tapi tunggu 2 tahun dari sekarang.



OUR JOY.... OUR PRECIOUS... OUR LITTLE BOY...
MUHAMMAD ADAM WONG,
Born On 30 JANUARY 2009, 11.28 am






25 January, 2010

5 HARI LAGI

Erm...mesti ramai yang tertanya-tanya, apa yang akan berlaku 5 hari lagi. Sebenarnya 5 hari lagi anak kesayangan juga buah hati ku Adam berusia setahun pada 30hb Januari tahun ni & juga sambutan Thaipusam. Masa Adam baru berusia 5 bulan, aku dah sibuk2 mencari dan beli sedikit barang-barang untuk parti sambutan hari lahir Adam.Tapi buat masa ni aku rasa tak seronok pula nak adakan parti harijadi Adam, memandangkan tok wan dia (ayah aku) masih sakit. Kesian la kat tok wan dia, tok wan tengah sakit kita seronok berparti pula. Rasa kesian pun ada kat Adam sebab tak dapat jemput kawan2 dan sanak-saudara untuk raikan harijadi dia. Disebabkan ayah aku masih sakit, aku rasa tak manis nak buat parti harijadi Adam. Jadi aku bercadang nak masak-masak sikit dan hantar ke rumah jiran-jiran aku. Huh..mesti ada yang hairankan, aku nak hantar makanan ke rumah jiran sempena harijadi anak aku :-). Ni sebab aku dah niat dalam hati, bila harijadi Adam nak jemput jiran2 datang ke rumah makan. Tapi dah tak jadi buat parti, jadi aku rasa lebih baik la aku masak dan sedekah kat jiran2. Itu pun dah kira sambut harijadi Adam juga kan. Yang penting hari tu nanti semua gembira dan tok wan bertambah sihat . (Sabar ye sayang, lepas tok wan dah sihat mama buat kenduri kesyukuran & harijadi sekali untuk tok wan dan Adam).


Party popper, candlestick,ballon & kids cutlery ni aku beli untuk birthday party Adam.

Gambar kat atas ni antara hiasan-hiasan untuk harijadi Adam, takpe ku simpan untuk tahun depan. Hehe.. ;-)


Malam tadi pula tetiba hubby ku bawa balik hadiah untuk Adam. Hadiah ni daripada mak angkat Adam. Memang sayang betul dia dengan Adam. Selalu called bertanyakan khabar kami. Thank you so much to Aunty Sally b'coz remember Adam's birthday and thank you for the birthday present. Ni antara hadiah-hadiah yang Adam dapat.



1 set baju t-shirt & seluar pendek.



Jam tangan


Anak patung Pooh dgn basikal muzikal.

Hah...bila Adam nampak je anak patung Pooh ni, dia terus menjerit suka. Lupa pula nak snap gambar dia leka main permainan ni. Seronok lihat Adam gembira.

24 January, 2010

Mengapa..mengapa?

Aku tak tau nak letak tajuk apa untuk post aku kali ni. Sejak akhir2 ni aku banyak terima berita tentang orang sakit, meninggal dunia disebabkan hasad dengki manusia. Baru-baru ni jiran abang long aku sakit tak boleh makan dan bangun. Bila bawa pi hospital. Dr kata dia sihat, tak ada sakit apa2. Bila balik ke rumah, dia sakit balik. Bila abang long aku bawa jumpa Ustaz Bas.. ( pakar dalam bidang perubatan islam) baru dapat tau rupa2nya terkena mainan manusia. 2 minggu lepas jiran kat kampong ayah aku meninggal selepas seminggu sakit . Itu pun bawa ke hospital, tak dapat kesan penyakit apa. Bila balik ke rumah makin teruk. Pagi tadi pula ayah aku terima berita dari sepupu ku di kampong, mengatakan Pak Su ku tetiba pengsan dan diserang strok. Kat hospital Dr kata Pak Su ku tak menghidapi sakit apa2 pun,petang nanti boleh balik. Tetapi Pak Su ku masih lagi tak boleh bercakap dan tak mengenali sesiapa. Sepupu ku kata family dia risau takut2 Pak Su terkena mainan manusia. Keluarga sepupu ku nak cuba cara perubatan islam pula memandangkan cara perubatan moden/sains tak ada perubahan. Begitu juga dgn ayah aku yg baru saja sembuh dr sihir seseorg dan sekarang sedang menjalani rawatan disebabkan menghidap leukemia. Aku sedih, sedih sangat.. Sedih..sebab manusia sanggup lakukan apa saja benda-benda syirik untuk puaskan nafsu/hajat mereka. Aku tahu bukan semua manusia seperti itu, tetapi masih ada segelintir kecil manusia yang sanggup lakukan perkara-perkara syirik ni. Apa mereka tak takut ke dgn balasan yang akan mereka terima di akhirat nanti. Lupa ke mereka-mereka ni dengan cara islam yang sebenar? Yang lebih memeranjatkan aku, org yang melakukan sihir terhadap ayah aku tu seorg yang warak dan merupakan imam masjid. Kenapa ye? Kenapa sampai nak menyihir sesame manusia. Apa yang mereka2 ni dapat setelah hajat mereka ni tercapai. Berdosa besar lagi ada la. Aku harap manusia2 yang tak sedar diri ni kembali lah ke jalan yang benar ye. Jangan la ingat hidup di dunia ni untuk selamanya..Ingat la kita ni sebagai manusia hanya menumpang atas bumi ni.

Nota : Sedih dan sakit hati tadi tengok ayah menangis bila dia terima berita tentang Pak Su.

TAG ...BUAT JANGAN TAK BUAT..(Dari Kelly910)

Tadi ku singgah ke blog Kelly, dan kena tag. Tag ni sangat lah simple.. cuma perlu menulis nama dan url blog kita di sehelai kertas menggunakan tangan kiri.. tapi bagi yang biasa menggunakan tangan kiri.. hendaklah menggunakan tangan kanan.. mudah bukan???

lepas dah tulis atas kertas.. ambil gambar tulisan tersebut dan tempek le... 
 
Walaupun nampak simple tapi susah juga nak buat homework yang Kelly bagi ni. Aku ni memang biasa guna tangan kanan, ni la hasilnya bila guna tangan kiri selepas 3 kali aku mencuba ...hehehe...
 

  Tag dipanjangkan kepada semua pembaca blog ku. Hehehe..

23 January, 2010

Bubur Cha Cha

Siapa pernah makan Bubur Cha Cha? Mesti teringat ada macam2 warna kat dalam bubur tu kan. Hmm…hari ni ayah teringin nak makan Bubur Cha Cha. Bubur Cha Cha ni kalau nak masak sedap dicampurkan dengan ubi keledek. Tapi petang ni aku masak letak tepung cha cha je sebab kat area tempat tinggal aku ni susah nak dapat keledek. Ni la resepi Bubur Cha Cha.


Bahan2nya;

Cha Cha – perlu direndam selama 1/2jam dan direbus hingga lembut.

Santan pekat dari sebiji kelapa (boleh juga guna santan kotak)

3 helai daun pandan – dipotong

Sedikit air

Gula mengikut citarasa masing2.

Caranya;

Masukkan cha cha yang dah direbus bersama santan di dalam periuk. Masak sehingga santan mendidih, masukkan daun pandan dan gula. Jika bubur pekat sangat, masukkan sedikit air. Kacau rata dan tutup api. Dah siap..




Nota : Bubur Cha Cha ni kalau masukkan ketulan ais lagi sedap dimakan.







Lauk Tengahari Semalam

Rasanya lama dah aku tak share resepi aku kat sini. Hari ni aku rasa nak share la 2 resepi yang aku masak semalam. Ni menu tengahari semalam. Aku masak yang simple-simple je. Resepi yang aku nak share untuk hari ni 2 jenis je.


SUP AYAM & LOBAK PUTIH.

Bahan2nya;

½ ekor ayam.
1 batang lobak putih – dibuang kulit & dihiris
3 biji ubi kentang – dibuang kulit dan belah 4.
3 tangkai batang seleri – dipotong serong.

Bahan untuk menumis
5 ulas bawang putih }
5 ulas bawang merah } ditumbuk lumat
2 inci halia }
Sedikit ketumbar, jintan manis, kulit kayu manis dan bunga lawang.
Minyak sayur untuk menumis.
1 jug air
Garam / Serbuk Perasa

Caranya;
Mula2 tumiskan bahan tumisan hingga bau wangi dan kuning sikit. Masukkan air, tunggu hingga air tu mendidih sikit masukkan ubi kentang dan ayam. Biarkan ubi dan ayam betul-betul masak. Bila ayam dah masak dan sup pun dah mendidih, boleh la masukkan batang selery dan serbuk perasa. Biarkan sekejap dan tutup api.

Nota : Kalau nak sup rasa pedas sikit, boleh masukkan beberapa tangkai cili padi.
Tips Kesihatan : Lobak putih baik utk kesihatan buah pinggang dan sesiapa yg ada masalah lawas atau sembelit.



AYAM GORENG HALIA

Bahan2nya;
Isi ayam dipotong kecil2 dan dilumurkan serbuk kunyit
Halia dihiris halus memanjang
1 labu bawang besar – dibelah 2 & dihiris
1 tangkai cili merah – dihiris
1 tangkai cili hijau – dihiris
Garam/serbuk perasa.

Caranya;
Panaskan minyak dan gorengkan ayam hingga masak. Angkat dan buangkan sedikit minyak goreng ayam tadi. Tumiskan halia hingga wangi dan masukkan ayam goreng. Gaul rata, taburkan bawang besar, cili merah, cili padi dan serbuk perasa. Gaul rata dan angkat. Siap untuk dimakan.

Nota : Sedap dimakan dengan nasi panas2…hehehe.



21 January, 2010

MY FISRT TAG..- KENALI SUAMI ANDA.

Tag ni aku dapat dari  Kak Fisa Othman masa aku ke blog dia tadi..Kebetulan aku ada masa lapang hari ni, aku pun jawab la tag ni.

Here's a chance to see how well you really know your husband. Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do. The real challenge is to send it to your husband to see how right you really are.

1. He's sitting in front of the TV, what is on the screen?

Sport, WLT & HBO.


2. You're out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
Thousand Islands


3. What's one food he doesn't like?
Beef


4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
Honeydew


5. Where did he go to high school?
Selayang.


6. What size shoe does he wear?
7 inch


7. If he was to collect anything, what would it be?
Macam2 ada...hahaha...


8. What is his favorite type of sandwich?
Chicken.. 



9. What would this person eat every day if he could?
Laksa (setiap minggu 4 kali makan laksa,x pernah jemu)..hehehe..


10. What is his favorite cereal?
Tak suka makan cereal..


11. What would he never wear?
Singlet shirt/ sleeveless tees.


12. What is his favorite sports team?
Chelsea...

13. Who did he vote for?
Ermm...


14. Who is his best friend?
Me ..


15. What is something you do that he wishes you wouldn't do?
Crying..Tak boleh tengok daku menangis..


16. What is his heritage?
BABA & NYONYA.


17. What is his favourite colour?
White


18. What is his habit?
Bite his nail. 


19. What is he proud of?
HIS FAMILY (ME & ADAM LA..).


20. Lastly, do you think he will read this?
NO..tapi aku akan minta dia baca ni... ;-)

Tag ni aku tujukan kepada semua rakan2 yang baca tag ni. Jadi anda di Tag ! Buat ye, jangan malas.

15 January, 2010

Gerhana Matahari Cincin 15 Januari 2010

Satu kejadian gerhana matahari dijangka akan berlaku pada hari Jumaat 15hb Januari 2010. Ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat.
Kiraan waktu gerhana di Kuala Lumpur bermula pada jam 3:01PM dan dijangka berakhir pada 5:38 PM.

Cara selamat melihat gerhana
Jangan SEKALI-KALI melihat matahari dengan mata kasar atau alat mencerap (teleskop atau binokular). Cahaya matahari amat terang dan memancarkan radiasi yang amat tinggi sehingga boleh merosakkan mata sehingga buta.
Kaedah paling selamat melihat fasa-fasa gerhana ialah dengan menggunakan kamera lubang pin (Pin Hole Camera).
Jika anda mempunyai binokular, gunalah kaedah projeksi atas kertas (cardboard projection).
Jika anda mempunyai teleskop, sebaik-baik kaedah ialah dengan menggunakan penapis matahari (seperi baader atau mylar). Cuba elakkan daripada menggunakan kaedah projeksi atas kertas kerana intensiti cahaya matahari amat kuat dan boleh mencairkan kanta mata (eyepiece) anda!


Solat sunat gerhana matahari adalah sunat yang digalakkan. Boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian.
Niat solat sunat gerhana matahari- Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat (makmum) kerana Allah Ta’ala”.

Cara solat sunat gerhana matahari :
Seperti solat sunat biasa atau yang biasa dilakukan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua rukuk pada tiap-tiap satu rakaat .
• Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah.
• Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah ( apa saja yang mampu)
• Kemudian rukuk dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiamkedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah.
• Kemudian rukuk semula ( rukuk kedua).
• Apabila bangkit Iktidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama.

©Eyta– ada juga saya terbaca pendapat – gerhana separuh tak perlu solat sunat, tapi pendapat peribadi saya – kalau ada peluang untuk berbuat baik, kenapa harus disiakan. Nak buat baik tu macam-macam nak fikir – tapi kalau nak buat jahat tak fikir panjang dah…..

09 January, 2010

ALWAYS BE MY BABY CONTEST


Contest kali ni aku dapat dari blog nuyue. Masa tu jenguk blog nuyue dan ternampak nuyue ada masuk contest ni. Aku pun nak try juga untuk suka2. Ni gambar untuk contest yang dianjurkan oleh TeRU²bOzU.
Terima kasih buat nuyue dan juga TeRU²bOzU.


Nama : Muhammad Adam Wong
Umur : 11 bulan




Senyuman siapa paling comel ni? Adam ke mama dia?



05 January, 2010

SELAMAT ULANGTAHUN YG KE-2


Hari ni genaplah 2 tahun aku dan hubby disatukan. Alhamdulillah selama 2 tahun kami disatukan kami sentiasa bertolak ansur dan masih sayang antara satu sama lain juga masih lagi belajar memahami karekter masing2. Aku berdoa mohon ikatan suci kami ini berkekalan hingga hujung nyawa kami. Aku juga berdoa agar hidup kami ini dipenuhi dengan keredhaan dan keberkatan mu ya Allah. Aku bersyukur dikurniakan seorang putera kecil yang comel dan tak akan kami persiakan. Akan aku jaga dan didik anak aku menjadi insan yang soleh dan berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat nanti.

02 January, 2010

Adam Cukur Rambut


Sempena sambutan tahun baru 2010 dan juga disebabkan kulit kepala Adam banyak sangat ruam, aku pun cukur la rambut Adam pagi tadi masa nak mandikan dia. Adam terasa lain sikit kat kepala dia bila dia pegang kepala. Dia macam pelik je, sebelum aku cukur rambut dia selalu sangat dia tarik rambut sebab gatal. Kali ni bila gatal dia nak tarik rambut rasa licin jer kepala dia. Hehehehee.. kesian anak mama ye kena cukur pula. Mama cukur rambut Adam sebab risau nanti melarat pula ruam tu. Dah cukur baru mama nampak, Adam garu kepala sampai luka la sayang. Kesian anak mama, mama harap dah cukur rambut ni kulit kepala anak mama cepat baik.

KEPADA WANITA CANTIk

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya


"Mengapa ibu menangis?"



"Karena aku seorang wanita",

kata si ibu kepada anaknya..



"Aku tidak mengerti", kata anak itu.



Ibunya hanya memeluknya dan berkata,

"Dan kau tak akan pernah mengerti"



Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"



"Semua wanita menangis tanpa alasan",

hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.



Anak laki-laki kecil itu pun membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.



Akhirnya ia berhubung dengan Tuhan, dan ia bertanya,

"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"



Tuhan berkata:







"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,

bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik

takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.



Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan pada waktu bila pun ia diperlukan."





"Kau tahu:





Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk badan yang ditampilkan, atau bilaman ia menyisirkan rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya -

tempat dimana cinta itu ada." Kirimkan ini kepada setiap wanita cantik yang Anda kenal hari ini untuk memperingati Bulan Sejarah Wanita.

Anda akan menambah

harga diri wanita!

Karena setiap Wanita itu Cantik.

Kirimkan juga kepada setiap lelaki

agar sentiasa dapat menghormati wanita,

siapapun mereka

ibu, isteri, kekasih, kakak, adik

dan bahkan wanita yg tidak ia kenal yg kebetulan berada di dekatnya..

01 January, 2010

Selamat Tahun Baru 2010


Aku ucapkan Selamat Tahun Baru buat semua rakan2 blogku.

Followers

Related Posts with Thumbnails