14 August, 2010

Salam Ramadhan..



Salam ramadhan buat semua umat islam.. Lama betul saya tak up-date blog ye. Lepas ni kenalah saya rajin up-date blog,bila lihat blog rakan-rakan RH dan rakan lain semuanya rajin sungguh up-date blog jadi malu pula. Saya minta maaf kat semua rakan-rakan sebab saya lama tak singgah blog atau tinggalkan komen. Ni semua gara-gara lama tak on-line...tapi anda semua tetap dlm ingatan dan hati saya. Hmm...hari ni dah masuk hari ke-4 puasa..Alhamdulillah hubby saya masih bertahan selama 3 hari lepas. Saya pula dah tinggal sehari, isshh..malunya. Teringat lagi zaman remaja dulu seronok sangat bila tiba bulan ramadhan..dapat sembahyang tarawih bersama family dan bertadarus bersama jemaah surau. Lepas selesai tadarus, jemaah surau di jamu dengan kuih-muih yang dibawa oleh jemaah surau. Rindu pula dengan suasana macam tu. Sekarang ni tak bolehlah nak ke surau, sebab Adam masih kecil dan kita pula cepat letih sejak mengandung anak ke-2 ni. Insyaallah..tahun-tahun akan datang boleh agaknya.

Sebelum undur diri, saya nak ucapkan Selamat menyambut bula ramadhan buat semua umat islam di serata dunia. Semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan penuh keimanan dan sempurna.

5 comments:

ashra said...

salam ramadan eyta..
ok puasa?lama blog nyepi..

Eyta @ hotmama said...

ashra,
dah tertinggal sehari ahsra.
Tapi setakat ni alhamdulillah masih bertahan.

melur said...

Salam ramadhan utk eyta jelita juga

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

eyta,
lama sungguh menyepi. semoga eyta sihat yer....
selamat menjalani ibadah ramadhan. bagus hubby eyta, teruskan berpuasa yer...hehe.
baby sihat2 je,kan? seronoknya menanti kehadiran org baru dlm hidup.

Eyta @ hotmama said...

melur,
Terima kasih Kak Laili.

Naimatul Hafizah Nor Rodin,
Alhamdulillah sihat2,terima kasih.
Baby pun sihat.:-)

Followers

Related Posts with Thumbnails