10 May, 2010

Sudah 6 Minggu

Assalammualaikum. Lama betulkan kita tak up-date blog. Maaflah semua rakan-rakan, bukan kita malas nak up-date blog. Tetapi kesihatan kita tak mengizinkan kita untuk duduk menghadap depan pc berjam-jam lamanya. Hinggakan kita tak sempat nak singgah blog rakan-rakan semua. Mesti ramai yang tertanya-tanya (ada yang bertanya ke?) mengenai tajuk entry kali ni kan. Tajuk tu sebenarnya ada kena mengena dengan kehamilan kita kali ni.
Ya...kita mengandung lagi..  Happy  Syukur alhamdulillah....akhirnya saya berjaya juga untuk mengandungkan anak ke-2 dengan izin hubby. Sebelum ni hubby memang tak nak tambah sorang lagi. Bagi hubby cukup la sorang selepas dia melihat saat-saat kesakitan ketika melahirkan Muhammad Adam. Tapi selepas kami berbincang dan kita pun cerita keinginan untuk tambah sorang lagi, akhirnya hubby pun setuju. La ni kita dah masuk 6 minggu hamil. Kehamilan ke-2 ni buatkan kita rasa loya-loya lebih awal dari kehamilan pertama dulu. Tak boleh bau wap nasi dan bau tumis-menumis ni. Mulalah kita pening dan loya-loya. Kita harap sepanjang tempoh kehamilan ni segalanya dipermudahkan seperti kehamilan pertama dulu.

Saya dah berusia 6 minggu.
(Gambar ehsan Google)

Buat sementara ni kita akan berhenti up-date blog untuk berehat sehinggalah kita benar-benar rasa bertenaga semula. Jadi kita berharap sangat rakan-rakan tersayang semua sabar menunggu entry kita yang akan datang ye (tak tau lagi bila entry yang akan datang). Insyaallah jika kita kembali bertenaga, mungkin kita akan up-date pengalaman sepanjang kehamilan ni. Salam sayang dan rindu buat semua rakan-rakan tersayang kita.

8 comments:

Lady of Leisure said...

tahniah sekali lagi eyta...
:)

ashra said...

Congrats,Eyta..
jaga kesihatan diri and baby leklok ye.
bes nye.nak gak tambah lg satu..
tapi,hubby kater next yr..tunggu yang sorang ni besar sket.

wpun perit pengalaman bersalin,tapi kita pompuan tak akan pernah serik kan..bes la ada anak reramai ni.

nuyue said...

patutlaa lama menyepi
rupanyer dah ada isi
tahniah eyta
take care

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

TAHNIAH eyta...
tumpang gembira...
jaga diri baik2 yer...

fisa othman said...

alhamdulillah...seronoknya dengar...
eyta jaga kesihatan k..

Eyta @ hotmama said...

Lady of Leisure,
Terima kasih Lady :-)



ashra,
terima kasih.
betul2..wlpun perit, bg kita sakit bersalin tu satu nikmat untuk kaum wanita. Hanya kaum wanita je yg dapat rasakan sakit bersalin tu.



nuyue,
hehehe..terima kasih.
bila nak tambah lagi sorang nuyue?



Naimatul Hafizah Nordin,
okey, terima kasih.



fisa othman,
ye kak..terima kasih.

saSha a.K.a MumYalya said...

tahniah..jaga diri dan kandungan ok..
:)

Eyta @ hotmama said...

saSha a.K.a Mumyalya,
terima kasih sasha.

Followers

Related Posts with Thumbnails