18 May, 2010

Asparagus Goreng Belacan.

Hah hari ni merupakan hari pertama kita masuk dapur setelah hampir sebulan lebih asyik dok terbaring jer. Hari ni kita masak lauk sejenis 2 dulu sebab masih tak boleh berdiri lama. Hari ni kita masak lauk pindang ikan kembung dan asparagus goreng belacan. Lauk yang nak dikongsi resepinya hari ni 'Asparagus Goreng Belacan'. Actually resepi kita dapat dari blog salah seorang kawan. Cuma tak ingat dari blog mana sebab dah lama benar kita simpan resepi ni. Tetiba hari ni tergerak nak buat asparagus goreng belacan ni sebab hubby beli asparagus. Okey, meh amik resepi ni ye.

Bahan-bahan :

Segenggam asparagus (dipotong menyerong)
Beberapa ekor sotong
6-7 biji cili merah
2-3 biji cili padi
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Belacan sebesar ibu jari
Asam jawa secukup rasa
Garam secukup rasa
Sedikit air

Cara-caranya ;

Blendkan bawang merah,bawang putih,bawang besar, cili merah,cili padi dan belacan. Tumiskan bahan blend hingga garing, masukkan sotong yang dipotong kecil-kecil. Masukkan sedikit air dan masak sotong sehingga lembut atau masak. Bila sotong dah masak,masukkan asparagus dan kacau beberapa kali. Jangan terlalu masak sangat asparagus tu, nanti lembut sangat tak sedap. Bolehlah diangkat dan hidang bersama nasi.



ASPARAGUS GORENG BELACAN

6 comments:

Lady of Leisure said...

sedapnya eyta siap ada sotong lagi tu

Eyta @ hotmama said...

Lady Of Leisure,
Salam lady. Kebetulan ada sotong sikit dalam freezer, tu masukkan sekali dlm asparagus tu. tak ada org pernah buat mcm tu kan. hehehee..

Just Call Me Bitt said...

hey! sangat sedap..hehhee

wut happend to u dear? berpantang kah?

ummu said...

salam Eyta..sedapnya...

Eyta @ hotmama said...

Just Call Me Bitt,
Terima kasih.

Bukan bpantang bitt,tapi i tengah mabuk mengandung. Tu tak brape sihat sebelum ni.

Eyta @ hotmama said...

Ummu,
Try la masak resepi ni ummu. Makan dgn nasi berlaukkan ni saja pun dah cukup menyelerakan tau.

Followers

Related Posts with Thumbnails