13 April, 2010

Bunga Melur/Jasmine

Lirik lagu bunga melur oleh ALLAHYARHAM Tan Sri P. Ramlee
Bunga Melur/Jasmine akan menjadi bunga rasmi Jelitawans The Club di Facebook.





Nama Tempatan: Bunga melur
Nama Saintifik: Jasminum Sambac
Nama Lain: bunga melati, Arabian jasmin, jasmine,yasmin
Famili : Oleaceae



Hari ni kita nak berkongsi sedikit mengenai khasiat yang terdapat dalam Bunga Melur atau Jasmine. Tahu tak daun bunga melur boleh menambahkan penghasilan susu ibu. Biasanya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara di waktu pagi sebelum mandi. Biasanya masyarakat melayu selalu amalkan cara ni kalau susu ibu tak banyak. Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. Mak kita pula suka campurkan bunga melur dengan bancuhan bedak sejuk untuk awet muda dan berbau harum katanya.

Tentu ramai yang ketahui masyarakat cina dan jepun gemar meminum teh hijau. Bunga melur/jasmine biasa dicampurkan dengan teh hijau dan mungkin adalah teh yang paling popular di seluruh dunia kerana memiliki manfaat kesihatan jauh lebih banyak dibandingkan dengan teh biasa.

Bagi masyarakat india pula bunga melur selalu digunakan dalam perubatan ayurveda.

Teh jasmine boleh mengurangkan tekanan darah tinggi dan kadar kolesterol, antioksida, antivirus, mengurangkan stres, mencegah kanser tertentu, diabetes dan menguatkan sistem imun tubuh antara kesan positif yang lain. Ditanamkan secara luas untuk bunga yang indah, melur merupakan salah satu tanaman subtropis dan tropika yang pelbagai dengan lebih daripada 200 jenis dan wangi bunga putih, kuning dan merah.

Selain khasiat yang disebutkan diatas, teh jasmine/melur juga baik untuk sesiapa yang ingin menurunkan berat badan secara semulajadi. Teh jasmine dipercayai merangsang badan kita untuk membakar kalori/lemak dan menyingkirkan toksid dalam badan melalui pembuangan air besar. InsyaAllah jika kita selalu amalkan  minun teh bunga melur.



Di rumah kita teh hijau jasmine ni memang sentiasa ada..sebab my hubby kan Chinese. Sampaikan kita sendiri terjebak minum teh hijau jasmine. Sehari tak minum rasa tak senang duduk pula.



Sumber : Ratuhati, Carian di Google dan Pn.Norlaili Salleh








8 comments:

ummu said...

Salam Eyta

Bunga ni wangi kan?dulu pokok bunga ini ada di hadapan rumah saya.

Eyta @ hotmama said...

Ummu,
Salam ummu. A'ah bunga ni memang wangi..suka bau dia bila nak berkembang. Pokok ni senang sangat nak jagakan.

Mohd Rosli Ibrahim said...

salam eyta jelita,
mai secawannnnnnn

Eyta @ hotmama said...

Mohd Rosli Ibrahim,
Salam. Ni Kak Laili kan?

Siti Iffah Zafirah said...

ha'ah eyta...sori tersilap guna fb en rosli...hehehe...biasalah,selalu share...

Azarni Collection said...

a'ah kak laili...sori tersilap guna emel en rosli....biasa selalu share...hehe

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

sedap teh hijau ni ye eyta.....

Eyta @ hotmama said...

Naimatul Hafizah Nor Rodin,
Salam Fiza. Lama tak nampak kat FB. Rindu..
A'ah teh hijau memang sedap. Fiza kena try minum..bagus untuk badan.

Followers

Related Posts with Thumbnails