12 April, 2010

Bingka Roti dan Jagung

Assalammualaikum. Pagi tadi keluarga kita bersarapan dengan kuih bingka roti dan jagung yang kita buat. Respond yang kita terima selepas keluarga rasa, sedap kata my hubby dan ayah. Ini merupakan kali ke-2 kita buat kuih bingka. Dulu kita buat bingka tepung saja. Ayah kita pula peminat kuih bingka, jadi kita terfikir untuk buat kuih bingka. Nak buat kuih bingka ni senang sangat, masukkan je bahan-bahan lepas tu bakar. Resepi buat bingka ni kita dapat dari mak. Terima kasih mak sebab ajar akak buat bingka roti dan jagung ni. Hari ni rasa rajin pula ambil gambar dan nak berkongsi resepi kuih bingka ni dengan semua. Ni resepinya ;


Bingka Roti & Jagung

Bahan-bahannya ;

Telur - 3 biji
Gula - ikut citarasa masing-masing, nak manis lebihkan
Roti Gardenia -1 bungkus (koyakkan kecil-kecil)
Tepung gandum - 3 senduk
Mentega - 2 senduk (dicairkan)
Santan - 250ml (saya guna santan kotak, lagi sedap kalau guna santan yang kita perah sendiri)
Jagung Manis - 1 tin
Sedikit esen vanila dan garam

Cara-caranya ;



Pukul telur, esen vanila dan gula sehingga sebati.




 Kemudian masukkan mentega cair ke dalam bancuhan telur dan gula.




Masukkan pula santan, tepung gandum dan roti. Biarkan selama 10-15 minit atau sehingga roti kembang.




Akhir sekali masukkan jagung manis dan sedikit garam.





Griskan tepi periuk dengan mentega dan tuangkan bancuhan bingka.





Bakar selama 1 jam diatas dapur gas atau di dalam oven. Biarkan sejuk barulah dialihkan ke dalam piring dan dipotong.




Jemput makan. Sedap untuk sarapan pagi dan juga minum petang.

2 comments:

ashra said...

besnye..
kene try ni..
curik ye resepi ni..hehehe.

Eyta @ hotmama said...

Ashra,
Try la..memang sedap..
nanti dah buat, up-date kat blog ye.

Followers

Related Posts with Thumbnails