01 April, 2010

Adam (1 Tahun 2 bulan/ 14bulan)

Hari ni Adam dah masuk umur 14 bulan. Nak cerita tentang perkembangan Adam. Sekarang Adam dah pandai membilang jari bila mama sebut "one two three'. Adam pun mulalah mengira jari-jemari halus dia tu. Tapi baru je mengira sampai 'five' dia dah ketawa gembira sambil tepuk tangan. Lagi satu kalau Adam dengar mama nyanyikan lagu 'tepuk amai-amai' mulalah dia berdiri sambil goyangkan kaki kiri dan menepuk tangan tanda gembira. Sekarang ni Adam dah pandai mengusik tok wan dia pula. Suka sangat main cak-cak dengan wan dia tu. Bila tok wan tak layan dia mulalah dia nak memanjat atas tok wan dia. Tok wan mana larat nak dukung Adam. Adam dah beratlah sayang. Macam manalah Adam tak berat..hari-hari mama masakkan bubur ayam dan daging khas untuk Adam. Suka pula tu makan pasta dengan keju. Bila waktu makan..mama dah siap lapikkan kain besar atas lantai. Tahu tak kenapa mama buat begitu? Mama buat macam tu sebab mama tahu Adam mesti sepahkan makanan yang mama suap. Bila Adam makan sendiri..mulalah makanan bersepah atas lantai. Suka sangat nak suap sendiri..tapi kebanyakkannya jatuh le ke lantailah sayang..sebab tu mama lapik kain. Mudah untuk mama bersihkan nanti. Bila bab makan mama memang kena banyak bersabar dengan Adam. Adam sekarang ni dah menunjukkan satu minat. Adam suka menulis...ini mungkin sebab Adam selalu nampak daddy  selalu menulis tiap-tiap hari. Bila nampak salah seorang dari kami menulis atas meja, Adam mulalah minta pen dari tangan. Lepas dah dapat pen dia minta pula kertas. Selalu mama berikan Adam sehelai kertas A4 kosong untuk Adam menulis (hehehe...conteng sebenarnya). Mulalah dia menulis tulisan yang hanya dia saja faham :-). Adam pun dah pandai mengenal huruf Jawi. Tapi baru 2 huruf yang dapat kenal. Huruf-huruf lain nampaknya Adam tak kenal lagi. Tak pelah sayang...nanti mama ajar lagi ye. Nanti bila mama senang mama belikan cd lagu alif ba tha untuk Adam dengar. Masa tu bolehlah Adam belajar perlahan-lahan ye sayang. Mama terlupa pula...Adam dah  tumbuh 2 batang gigi lagi sebelah atas. Sekarang Adam dah ada 6 batang gigi semuanya. Dah boleh kunyah makanan dengan sendiri. Sukanya dia kalau mama berikan buah anggur hitam yang manis tu. Dimasukkan sebiji ke dalam mulut sambil tu dia kunyah. Kalau sesiapa tengok mesti ketawa..lucu tengok muka Adam kunyah buah anggur. Berkerut-kerut muka Adam.

Ermm...sampai sini dulu mama ceritakan perkembangan Adam.


Adam tengah leka menulis sesuatu..




tak perasan langsung mama kat belakang dia





Mama doakan Adam membesar dengan sihat dan cerdik.

2 comments:

Lady of Leisure said...

good boy adam.. :)

fisa othman said...

pandainyaaa Adam...

Followers

Related Posts with Thumbnails