04 March, 2010

Pneumokokal

2/3/2010 baru-baru ni aku bawa Adam ambil suntikan vaksin pneumococcal. Kesian Adam nangis kena cucuk kat montot..Dulu time preggy aku tak tau apa benda pneumococcal ni. Bila Adam dilahirkan,aku kerap baca majalah Pa&Ma dan cari info kat RH baru lar ku tahu vaksin ni penting.. Vaksin ni adalah vaksin berbayar dan belum lagi ditanggung oleh kerajaan.(Eh betul ke ni?) Jadi pada parents yang mampu tu disarankan ambillah vaksin ni untuk anak2 tersayang. Mencegah itu lebih baik dari mengubatikan..Nanti dah terkena nak mengubati kosnya lebih banyak dari kos vaksin ni. Dalamentry ni aku ada paste maklumat tentang PNEUMOCOCCAL. Aku dapat maklumat ni dari sini.

Apa itu jangkitan Pneumokokal?

Penyakit Pneumokokal adalah disebabkan oleh sejenis kuman bakteria yang biasa menyebabkan jangkitan pada tekak dan telinga. Ia boleh menyebabkan jangkitan yang lebih serius seperti jangkitan paru-paru dan radang selaput otak.



Apakah yang menyebabkan jangkitan Pneumokokal?

Kuman penyebab penyakit ini ialah Streptococcal pneumoniae atau Pneumokokus yang terdapat dalam lapisan hidung dan tekak orang yang sihat (pembawa kuman). Kuman ini boleh merebak melalui batuk dan orang yang berada di persekitaran secara langsung.



Apakah vaksin yang ada dan bagaimana ia diberikan?

Vaksin terdahulu ialah pneumococcal polysaccharide vaccine (PPV) yang mengandungi 23 antigen pada lapisan yang telah ditulenkan. Vaksin yang terbaru ialah pneumococcal conjugate vaccine (PCV) yang telah diubahsuai dengan menggabungkan 7 lapisan kapsul polisakarida yang telah ditulenkan dan setiap satunya digabungkan dengan toksin difteria yang telah di nyah aktifkan, untuk mempertingkatkan keberkesanan vaksin ini. Polisakarida adalah kandungan gula kompleks yang merupakan sebahagian daripada kuman bakteria itu sendiri. Vaksin ini harus diberikan melalui suntikan ke dalam otot.

PCV boleh diberikan pada usia 2, 4 dan 6 bulan, manakala dos ke 4 diberikan pada usia antara 12 hingga 15 bulan. PCV atau PPV boleh diberikan kepada kanak- kanak berusia 2 hingga 5 tahun.



Siapa yang patut menerima vaksin ini?

Ibubapa boleh memilih untuk memberi vaksin ini kepada bayi-bayi mereka yang sihat. Vaksin ini adalah disarankan untuk kanak-kanak yang mengalami daya tahan badan yang lemah termasuklah mereka yang telah menjalani pembedahan pembuangan limpa atas sebab-sebab tertentu, contohnya seperti pesakit Talasemia (penyakit darah yang kronik).

1 comment:

iNa said...

yup...vaksin ni masih belum jd imunisasi gov...so kene byr la...
tp ikut umur n dose jugak... :) ada yg 3 dose..2 dose..then klau dh 2 yr++ cume inject 1 dose je...
biase dlm rm280++/dose...

lg satu vaksin penting tuk baby b4 six month is rotavirus.... :) jgn lupe amik...

Followers

Related Posts with Thumbnails