01 March, 2010

Sup Ubi Teratai

Malam tadi aku dan hubby pergi pasar malam. Tujuan pi pasar malam tentulah nak beli makanan dan sedikit sayur untuk dibuat lauk hari ni. Malam tadi ketika aku sedang memilih sayur untuk dibeli, tiba-tiba my hubby nampak ubi teratai. Apalagi terus dia ambil dan minta aku masakkan ubi teratai tu. Tapi aku tak tahu masak ubi teratai ni. Biasanya orang cina yang makan ubi teratai ni, orang melayu bukan tak makan tapi rasanya jarang-jarang sekali nak masak ubi teratai ni. Hubbyku kata ubi teratai ni sedap dibuat sup. Aku pun tak tahu macam mana nak buat sup ubi teratai ni dan bahan apa yang nak dimasukkan dalam sup. Jadi aku pun apa lagi….buka Google lah. Nasib baiklah ada Google…dapatlah aku cari resepi ubi teratai ni. Huh…puas juga aku cari resepi ni kat google barulah dapat. Ha..resepi ubi teratai ni aku dapat dari sini. Jadi aku nak sharelah resepi ubi teratai ni dengan rakan-rakan blog. Selamat mencuba semua..

 Sebelum tu aku nak beritahu cara nak bersihkan ubi teratai ni. Bahagian kulit luar ubi ni perlu dikupas terlebih dahulu sebelum dihiris menyerong/bulat. Rendamkan ubi didalam air dengan sedikit jus lemon(kalau takde jus lemon, guna cuka pun boleh) untuk mengelakkan warna ubi bertukar hitam. Jangan lupa hanya gunakan periuk tanah/seramik untuk memasak sup ubi ni. Tujuannya untuk mengelak ubi bertukar warna hitam jika gunakan periuk logam.

Inilah rupa ubi teratai yang dikupas(kiri) dan belum dikupas(kanan).



Lotus Root Soup.

Ingredients

600g lotus root

300g chicken bone

5 red dates (aku masukkan 20 biji,sebab kurma merah ni rasanya sedap)

500ml water

Salt to taste

100gm Ji zi ( ni aku tambah sendiri,sebab kat rumah ada stok ji zi)



Directions for the stovetop

1. Wash and clean the lotus root of any mud and dirt. Skin it if you want. If not, scrub thoroughly

2. Cut the roots cross-wise so that they look like wheels

3. Keep the roots immersed in water to prevent them from turning black. You may want to add a little vinegar to the soaking water.

4. Wash the chicken bone.

5. Combine the water, chicken bone, lotus root and red dates in a soup pot and bring to a boil

6. Lower the heat and simmer for 1 to 1.5 hours

7. Salt to taste before serving

Rupa ubi teratai yang dihiris bulat...cantikkan...ni aku rendamkan dalam air dengan sedikit cuka.


Yang sebelah kiri atas tu ji zi(dalam bahasa mandarin) atau kei chi (dalam bahasa kantonis) bagus untuk kesihatan mata kita yang selalu dok menghadap komputer. :-)


Directions for the slow cooker

1. Follow directions from 1 to 5

2. Assemble chicken bone and lotus root in the slow cooker and add hot but not boiling water. Put on low and cook for 2 to 3 hours

3. There is less evaporation taking place for the slow cooker version. You will want to adjust the amount of water required. The actual amount depends on the size of your slow cooker. It should be enough to cover all the ingredients completely but not more than 80% full




Aku gunakan slowcooker untuk memasak sup ubi teratai. Mudah....masukkan semua bahan, lepas tu tinggalkan sehingga sup tu masak.

Sup teratai sedang dimasak dalam periuk rendidih/slowcooker





Inilah dia rupa Sup Ubi Teratai yang dah siap. Sedap diminum ketika masih panas. Memang betul sedap seperti kata hubbyku.

Apa lagi kawan-kawan,cubalah resepi ni.




Info Kesihatan :Ubi teratai mempunyai pelbagai khasiat antaranya merawat insomnia atau tidak dapat tidur malam, mengurangkan tekanan, merawat demam dan juga cirit-birit.

3 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

tak pernah makan ....
susah tak nak cari bahan2 lain?

Eyta@hot mama said...

Naimatul Hafizah Nor Rodin,
Tak susahlah Fiza. Bahan2 ni boleh dibeli di pasaraya Tesco.

Phoebe said...

Hi there, thanks for using my recipe. Your soup looks yummy. I notice that the recipe source link is not properly done. Please change to http://www.homemade-chinese-soups.com/lotus-root-soup-01.html

Phoebe
webmaster of homemade-chinese-soups.com

Followers

Related Posts with Thumbnails