06 March, 2010

I-City

Apa khabar semua? Maaf la sejak 2-3 minggu ni aku kurang up-date blog. Masa begitu mencemburui ku. Nak jenguk blog kawan-kawan tersayang pun kadang-kadang tu ada saja gangguan.

Oklah..ku nak tunaikan permintaan Cik Lana yang minta ku up-date blog tentang I-City, jadi aku nak ceritakan sedikit tempat yang ku lawati baru-baru ni. Ada sesiapa dah sampai ke I-City? Cantikkan..dan  rasa terpegun.. Baru-baru ni aku dan family saja keluar ronda-ronda di I-City. Sesiapa yang ke sana mesti terpegun melihat keindahan hiasan lampu-lampu LED yang pelbagai corak dan berwarna-warni. I-City ni terletak di Seksyen 7, Shah Alam. Tetapi terletak betul-betul di antara Klang & Shah Alam. I-City akan menjadi satu mercu tanda di Bandar Klang & juga Shah Alam. Merupakan projek I-Berhad yang mempunyai kemudahan dan prasarana yang canggih, selain sudah mendapat taraf koridor raya multimedia (MSC).

Untuk pengetahuan kawan-kawan tersayang, tiada bayaran dikenakan. Jadi boleh la bawa ahli keluarga seberapa ramai. Tapikan ada satu masalah...tempat letak kereta. Tempat letak kereta memang penuh, jadi perlu bersabar sikit. Ketika aku pergi malam tu pun terpaksa tunggu sehingga ada parking kosong. Kalau rajin berjalan mungkin anda boleh park jauh sikit dari tempat tu dan berjalan kaki masuk. Bila anda sampai sana jangan rasa tak nak balik pula yer(itu lah yang terjadi pada diriku :-)). Anda dan anak-anak akan sama-sama terpegun dengan keindahan lampu-lampu LED bermacam-macam bentuk. Ada bentuk pokok pine, panda, burung merak, Chinese cherry blossom, deretan tanglung dan bermacam-macam lagi lar..Aku tak boleh nak jalan lama-lama sebab dah lewat untuk Adam tidur. Jadi aku jalan sekejap jer sekadar melepaskan keinginan nak tengok lampu LED (ni gara-gara Kak Fisa yang post gambar I-City kat blog dia). Jangan marah kak :-D. Aku ada bertanya pada staff yang bertugas di sana, sampai bila pertunjukan lampu LED ni. Ku dimaklumkan staff tu katanya sampai bila-bila. Jadi kawan-kawan yang tak boleh nak datang dalam masa terdekat ni, tak perlu la risau. Bila-bila masa boleh datang. Aku pun nak pergi ke sana lagi. Mujurlah jarak perjalanan dari rumah ku ke I-City cuma memakan masa 10 minit. Tapi ada kawan kita tu jarak rumah dia dengan I-City lagi la dekat cuma 5 minit jer..Betulkan Kelly...hehehee..Tepat pukul 12.00 malam tempat tu akan ditutup.

Oklah..itu jer info aku nak share dengan kawan-kawan semua. Di bawah ni antara gambar-gambar yang sempat aku snap..(Maaf ye semua...gambar yang den ambil kurang cantik sebab den bukan amatur untuk ambil gambar ni..hehehe ;-)
Lampu-lampu LED Pokok Pine




Deretan Tanglung


Cantikkannn...


Rasa macam kat negara Jepun pulak...


Pokok limau mandarin


Tengok tu Adammm...bukannya dia nak pose depan kamera, asyik layan lampu LED depan dia jer..


Christmas Tree...

Adam suka sangat sampi berani pegang Pokok Krismas LED dengan muka yang selamber...

10 comments:

nuyue said...

nuyue ada g sana...
tapi xpuas hati....sbb banyak gambar yang tak memuaskan..nak upload pun malu...heheheh
akan kesana lagi...hheheh

L@n@ said...

dear .. tq la coz sudi bt post nih .. ehehe .. tp kan masa lana pegi pokok krismas tu diorg x on laa .. frust sesangat ..

DeLLa said...

dr rumah ku..bleh nmpak i-city..dekat sgt

Eyta@hot mama said...

nuyue,
sama la dgn kita nuyue,xpuas hati..gambar2 eyta lagi la teruk..kita pun nak ke sana lagi.

Eyta@hot mama said...

L@n@,
Sama2 Lana..la yer ker...apasal x on pula.
takpe lar lain kali Lana pegi lagi ye.

Eyta@hot mama said...

DeLLa,
Seronoknya Della rumah dekat ngan I-City..malam2 sure ada pemandangan cantik yang boleh dilihatkan..

Lady of Leisure said...

cantiknya... esp pic2 pokok2 tu... bergemerlapan kan... malam2 mesti sangat cantik kan..

Eyta@hot mama said...

Lady Of Leisure,
Memang cantik....Lady & hubby pergi la I-City. Seronokkk...bergambar kat sana. Tu pun ada banyak tempat Eyta tak sempat bergambar.

Just Call Me Bitt said...

cantik sangat..google then jumpa ur's ;) nice blog ;) i bercadang nak p sane...agak-agak pukul berapa masa yg sesuai erk

Eyta @ hotmama said...

Just Call Me Bitt,
Terima kasih.

cantikkan...saya cadangkan lebih baik pergi weekdays sekitar 8.00 pm. Kalau pergi lewat risau pula tak dapat parking dan nak bergambar pun susah coz terlalu ramai pengunjung.

Followers

Related Posts with Thumbnails