04 February, 2010

PRETTY ZAZA BABY FACE CONTEST


Tadi ku singgah sejenak ke blog kengkawan. Bila singgah ke blog Cik Nuyue, ku ternampak dia joined contest lagi....(gila bercontest betul la budak Nuyue ni, tengah sibuk2 pun sempat lagi godek2 gambar masuk contest ye). Aku pun apa lagi nak juga join contest anjuran Pretty Zaza.. Tarikh tutup contest ni 5hb Februari 2010 tepat pukul 12.00 tengah malam... Ni maknanya sempat lagilah untuk aku join. Ni pula antara syarat-syarat yang perlu diikuti untuk join contest ni.


* Buat ENTRY di blog anda berkenaan contest ini dan letakkan gambar anak anda berposing manja cam contoh gambar kat banner contest di atas tu..


( HEHEH.. Tak MANJA pun TAKPE la, janji muka baby!! CAMNER posing pun, tetap nampak COMEL! )



* Anak anda boleh berposing di mana-mana saja .. tetapi, sila CLOSE UP bahagian MUKA saja tau!!

( Kata, "BABY FACE" contest ?.. Mesti la kena fokus kat muka kan?!!)




TERMA DAN SYARAT :


1) Terbuka kepada semua pem'blog'2 yang ada

2) Add blog ni dalam blog list anda ( sesiapa yang belum jadi follower.. )

3) Letak banner contest di sidebar blog anda dan banner mestilah di'link'kan terus pada ENTRY Ni

4) Umur anak-anak anda mestilah dari 1 hari hingga 6 tahun.

5) Letak gambar anak anda beserta nama, umur dan jantina.

( Secara otomatiknya anak anda akan dikategorikan kepada dua kategori iaitu, BABY BOY & BABY GIRL mengikut jantina mereka)

6) Setelah siap N3 anda, sila tinggalkan jejak di bahagian komen supaya saya boleh menjengah N3 anda (bagi link untuk entry tu sekali..)

7) Pemenang akan dipilih berdasarkan kecomelan masing-masing dan gaya posing yang menarik hati.

8) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 Febuari 2010 tepat-tepat pada pukul 12.00 tengah malam.

9) Top 10 bagi kedua-dua kategori akan diumumkan pada 10 Febuari 2010

10) Top 5 pada 15 Febuari 2010 dan pemenang akan diumumkan pada 20 Febuari 2010.


Okey, dah habis bacakan.. Nak tengok tak gambar yang aku pertaruhkan...


Jeng..............





jeng............




jeng...........




hah....... ni lah gambarnya



Nama : Muhammad Adam Wong Bin Muhammad Aminuddin Wong
Umur : 1 tahun 5 hari
Jantina : Lelaki

Ku harap gambar Adam ni dapat menarik perhatian penganjur iaitu Pn. Zaza.



10 comments:

Lady of Leisure said...

alala tomeinyer... peluk bantal ker...

KELLY910 said...

macam best je eyta.. nak join boleh tak??:)

zaza said...

salam..
sayang, banner contest tu.. sila buat link ke my n3 on 5 jan.. Hurry up.. esok due date ni..!
Dah siap Nanti, dtg bgtau kat blog i ye..

nuyue said...

ciutnyer adam bersama bantal bucuk tuu...
yeeaahhh mama adam dah berjangkit dgn ku...
ada geng...

good luck adam

Eyta@hot mama said...

Lady Of Leisure,
A'ah Lady..tu bantal mucuk Adam. Tak boleh hilang..kalau hilang dia menangis & mengamuk tak nak tido. ehehehe..

Eyta@hot mama said...

Kelly,
Memang best..join la Kelly..Yey yey..Kelly pun join, makin meriah la contest ni.

Eyta@hot mama said...

Nuyue,
Thanks nuyue.. Tu la ku pun dah berjangkit dari mu gila bercontest pula.

Eyta@hot mama said...

Zaza,
I dah link kan..cuba tengok sekali lagi yer.

Fatihah said...

Good luck Adam..

saSha a.K.a MumYalya said...

eyta da berjangkit dgn sakit kengkawan lain ek??gilo contest..ehehe..
gud luck ok ;)

Followers

Related Posts with Thumbnails