03 February, 2010

NUGET AYAM

Bahan-bahan.


400 gm isi ayam cincang

2 sudu besar tepung gandum

½ sudu teh garam

½ sudu teh lada putih

1 biji telur – dipukul
 
Serbuk roti secukupnya


Cara :

Gaulkan isi ayam dengan tepung gandum, garam & lada putih. Bentukkan bulat seperti nugget yang kita beli di pasaraya tu. Nak buat bentuk lain pun boleh, tapi jangan terlalu tebal ye. Lepas tu celupkan isi ayam ke dalam telur dan disaluti dengan serbuk roti. Gorengkan hingga kekuningan dan angkat. Sedap dimakan dengan sos cili..




Nota : Kalau nak buat nugget udang atau daging lembu pun boleh. Cuma tukar isi ayam tu ke udang atau daging lembu.
Nuget sedang digoreng



Nuget Ayam

10 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

rajin eyta ...
kita tiap kali masak lupa je nak snap pic kongsi resepi kat blog.
nuget ayam,kegemaran anak2....sedap jer...

Lady of Leisure said...

sedapnya... rajin eyta buat nugget.. lady slalu beli je hehe..

KELLY910 said...

wah pandailah eyta buat nugget sendiri..
thanx 4 sharing ye dear..:)

Eyta@hot mama said...

Naimatul Hafizah Nor Rodin,
Ye ke Fiza..Lain kali jangan lupa snap ye. Mesti lauk-lauk yang Fiza masak mesti sedap2kan..Nuget buatan sendiri tak ada bahan pengawet, sesuai untuk bagi anak2.

Eyta@hot mama said...

Lady of Leisure,
Hehehee...tengok mood kita juga Lady. Kalau rajin, mcm2 nak buat. Lady pun rajin juga masak mcm2 makanan. Buat kita terliur je bila tengok masakan dia. ;-D

saSha a.K.a MumYalya said...

rajin nye u ni..huhu..ku main tunjuk je kat carefour tu :P

fisa othman said...

wah!!! x sangka lak sesenang ini...cheewah cam rajin je fisa nie ekk...hehehe terasa nak wat la plak...:P

Eyta@hot mama said...

Kelly,
Sama2.. Tak pandai sangatlah kita ni Kelly..masih belajar lagi. ;-)

Eyta@hot mama said...

saSha a.k.a MumYalya,
Alaa..kekadang ku pun beli juga sasha..ni kebetulan ada ayam cincang kat dlm freezer dan tengah rajin, tu buat nuget.

Eyta@hot mama said...

Fisa Othman,
Senangkan kak..tapi time nak membentuk tu yang leceh sikit, sebab lembik susah nak bentuk. Akak try la buat.

Followers

Related Posts with Thumbnails