15 February, 2010

Kerenah Adam Lagi..

Salam semua..rasa lama aku tak update blog ku ni. Mesti ada yang boring tertunggu-tunggu nak baca entry aku kan..(hehehe perasan..mcm la ada orang suka baca entry aku ni).
Ok lah..kali ni nak bercerita sikit tentang kerenah Adam. Sejak Adam dah masuk umur setahun ni...uh..uh..uh...punya la hyperaktif....tak larat aku nak layan kerenah dia. Sekarang ni dah pandai jalan lagi la payah nak jaga. Bagi aku, Adam merupakan seorang anak yang memang aktif..ada je benda yang nak diusik, dikemas, disepah2kan, tolak kerusi makan la..dan macam2 lagi yang dibuatnya kalau duk kat rumah. Tu belum lagi aku ceritakan kalau bawwa dia berjalan di shopping kompleks..hehehe… Anak aku sorang ni tak pernah kenal erti penat aku rasa. Kalau dah mula bermain memang tak nak berhenti berehat.. Bila aku suruh dia duduk, mula dia buat perangai nak menangis..padahal air mata pun tak keluar. Saja je dia nak bermanja dengan mama. Aku pula suka layan kerenah Adam (dia sorang je la anak aku). Tak kira la penat macam mana pun, aku akan tetap layan dia dengan penuh kasih sayang. Adam kalau dah nampak aku, mula nak dia menangis manja minta didukung. Lepas tu tangan tunjuk ke pintu, minta bawa dia berjalan-jalan kat luar. Ish..ok lah..setakat ni dulu entry aku pasal Adam.


Adam dengan baldi air kecil..baldi air tu pun boleh jadi permainan dia..






Aksi manja Adam.

4 comments:

Lady of Leisure said...

adam dah pandai jalan yea... jenuh la mamanya nak mengejar... semoga adam membesar dengan sihat..
:)

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

cutenya adam...
suka ye bermanja dgn mama.
sian mama...penat!

Eyta@hot mama said...

Lady of Leisure,
Amin..amin... Terima kasih Lady doakan kesihatan Adam.

Eyta@hot mama said...

Naimatul Hafizah Nor Rodin,
Fiza..memang kita rasa penat, tapi bila lihat wajah Adam yang comel tu penat pun hilang. Seronokkann ada anak, tambah2 lagi kalau ada anak ramai macam Fiza. Meriah la rumah... Bila la rezeki kita nak dapat sorang lagi ni?

Followers

Related Posts with Thumbnails