02 February, 2010

BIRTHDAY ADAM.

KEK BIRTHDAY ADAM


ADAM NAK TIUP LILIN TU...


Seperti yang ku beritahu sebelum ni, aku memang tak nak buat parti harijadi Adam. Tapi last minute tok wan dia pula minta buat, jadi aku cuma buat untuk family je. Tak jemput sesiapa pun. Kek birthday Adam memang dah ditempah awal2 lagi sebab niat mula2 nak buat parti. Bila dah tak buat parti, kek tu kami agih-agihkan ke rumah jiran2 bersama sedikit mihun goreng,kari ayam,ayam goreng & karipap. Walaupun birthday Adam tak semeriah mana, kami sekeluarga bersyukur sebab dapat tunaikan permintaan tok wan.
Tok wan Adam masih tak sihat, tapi nak juga celebrate birthday cucu kesayangan dia. Belon-belon yang kat belakang gambar Adam & daddy ni, Pak Tam dia lah yang tiup semuanya..hehehe sampai termengah-mengah dibuatnya..Terima kasih Pak Tam tolong tiup belon-belon tu.

KONONNYA SUAPKAN KEK KAT DADDY LA TU YE..

HADIAH DARI IBU ANGKAT ADAM..


Lepas selesai kat rumah semua kerja2, aku & suami bawa Adam pergi ke rumah nenek sebelah hubby pula. Nasib baiklah kat rumah ku ada Pak Tam (pakcik Adam) jadi boleh la ku pergi lama sikit kat rumah nenek Adam. Dah lama tak jejalan kat rumah nenek Adam kat Selayang. Sebelum bertolak aku sibuk packing makanan yang aku masak untuk dibawa ke rumah mentua. Kami bertolak dari rumah pukul 6.30 ptg. Dalam perjalanan hujan turun lebat pula. Lambat juga la sampai Selayang, dekat pukul 8 baru kami sampai. Dirumah mentua Adam potong kek bersama dengan abang saudara dia Jason. Harijadi Jason pada 22/01, tapi mama Jason nak sangat Adam & Jason potong kek sekali.  Di bawah ni gambar2 Adam & Jason bergambar untuk potong kek di rumah mentua ku yang terletak di Selayang Baru.

POTONG KEK DI RUMAH NENEK. SEBELAH ADAM TU JASON.

ADAM DGN ADIK BERADIK SEBELAH DADDY. YANG PELUK ADAM TU, STEPSISTER ADAM, SIS AH NIE.

HADIAH DARI AUNTY IVY. THANK U AUNTY..


10 comments:

iNa said...

hapy birthday adam..
wah..meriah....dua rumah potong kek ya?
kek barney tu cute.... :)

saSha a.K.a MumYalya said...

sukanye kat kek adam tu..nice..barney :)
i lap u..u lap me..we r happy family..lalala~

Lady of Leisure said...

happy birthday adam...
semoga membesar jadi kebanggaan semua..
:)

KELLY910 said...

happy birthday 2 u.. happy birthday 2 u.. happy birthday to ADAM.. happy birthday 2 u..
happy belated birthday adam.. hope aunty kelly belum terlambat nak nyanyikan birthday song untuk ADAM..:)

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

happy besday,adam...
kek adam cantik, cute!

Eyta@hot mama said...

iNa,
Terima kasih Ina. Adam minat Barney, tu tempah gambar kartun barney.

Eyta@hot mama said...

saSha a.K.a MumYalya,
'with a great big hug and a kiss from me to you
wont you say you love me too....'

Eyta@hot mama said...

Lady of Leisure,
Amin,amin,amin. Terima kasih Lady.

Eyta@hot mama said...

Kelly,
Adam said..(Belum terlambat la Aunty Kelly... Thanks Aunty Kelly sudi nyanyikan birthday song untuk Adam, I luv u..).

Eyta@hot mama said...

Naimatul Hafizah Nor Rodin,
Terima kasih Fiza.

Followers

Related Posts with Thumbnails