27 February, 2010

ALHAMDULILLAH, AYAH SEMAKIN SEMBUH.

Assalammualaikum kepada semua rakan blog ku. Sebelum aku bercerita tentang kesihatan ayah, aku nak minta maaf sebab lama betul aku tak up-date blog ku ni. Mesti ada yang boring nak jenguk blog ku sebab berkurun tak up-date. Hehehehe... Sejak 2-3 minggu ni memang aku sibuk sangat. Sampaikan tak sempat nak layan fb dan buka blog rakan-rakan ku. Sibuk melayan saudara-mara sebelah hubby yang datang melawat ketika sambutan tahun baru cina, sibuk melayan kerenah Adam yang semakin hari semakin nakal dan kebetulan mak pula balik ke kampung (Kedah) jadi sibuk dengan kerja-kerja rumah. Nak buat kerja-kerja mengemas dan memasak kenalah tunggu si comel tu tidur dulu. Kalau tak, menangis la Adam tak nampak muka mama dia. Dulu kalau mak ada, bolehlah mak aku tengok-tengokkan Adam. Lepas ni pun aku tak tau bila pula aku ada masa nak up-date blog. Time menulis entry ni pun ku sedang buai Adam yang sedang nyenyak tidur didalam buaian.


Okey sekarang aku nak ceritakan kesihatan ayah aku. Terlebih dahulu aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan yang mendoakan kesihatan ayah aku. Untuk pengetahuan semua, ayah aku semakin pulih dan sihat. Kalau sebelum ni ayah terbaring diatas katil tak mampu nak bangun dan makan sendiri. Tetapi kini ayah aku dah boleh bangun dari katil dan berjalan serta boleh makan sendiri. Aku rasa amat bersyukur kerana doa aku, keluarga dan rakan-rakan semua diperkenankanNYA. DIA memberi ku satu kesedaran didalam diri ni. Pengalaman menjaga ayah yang sakit tenat hampir 4 bulan dan kini hampir 2 bulan ayah aku semakin sembuh dari penyakitnya banyak mengajar aku erti kesabaran, kekeluargaan dan beristighfar padaNYA. Penyakit ayah aku tak mungkin boleh pulih sepenuhnya, itu yang diberitahu Doc kepada aku dan ayah. Ayah, aku dan keluarga redha apa yang terjadi. Sekarang ni ayah aku masih lagi menerima rawatan kemoterapi setiap bulan. Kesian pada ayah bila balik dari buat rawatan. Dia akan terasa panas selama seminggu ke 2 minggu. Tetapi ayah aku seorang yang kuat semangat, sejak ayah diberi rawatan kemoterapi ni aku belum pernah lihat dia jadi lemah. Malah dia semakin kuat bila terima rawatan tersebut. Aku rasa bersyukur ayah aku tak mengalami kesan sampingan yang lain seperti rambut gugur, pendarahan, pucat dan letih. Aku tak tahulah macam mana nak tempuhi hidup ini tanpa ahli keluarga aku yang sentiasa memberi dorongan dan kata-kata semangat. Aku rasa bersyukur memiliki sebuah keluarga yang bertolak ansur & memahami antara satu sama lain. Ayah aku ada bercerita pada aku, ketika dia sakit tenat dia nampak bayangan jasadnya dimandi dan dikapankan oleh anak-anak dan iman. Dia lihat keluarga ku mengadakan majlis tahlil dikampung. Bila dia dah semakin sembuh dan pulih, ayah aku berkata dia terasa seperti mati hidup semula. Pengalaman ayah sakit tenat benar-benar memberi peringatan dan keinsafan kepada dirinya, keluargaku dan diriku. Aku doakan semoga ayah ku dipanjangkan usia dan sentiasa diberkati ALLAH S.W.T. Amin.



5 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

alhamdulillah.....semoga terus sihat yer.
lama betul eyta menyepi.

fisa othman said...

alhamdulilah...kirim salam kat ayah yer...moga ayah eyta sentiasa dalam keadaan sihat walafiat...

Eyta@hot mama said...

Naimatul Hafizah Nor Rodin,
Salam Fiza. Terima kasih. Sibuk sikit,tu menyepi.

Eyta@hot mama said...

fisa othman,
Salam Kak Fisa. InsyaAllah saya sampaikan nanti kat ayah. Terima kasih.

Anonymous said...

assalammualaikum..

Hari ni saya baru dapat berita ayah saya menghidap kaser darah.saya surf internet nak cari klu2 ade rawatan lain yg boleh ayah sy guna utk rawat ayah selain dari kemo. kebetulan terjumpa blog awk.bole saya tahu kalau ayah awak ade gunakan rawatan lain.

Followers

Related Posts with Thumbnails