24 January, 2010

Mengapa..mengapa?

Aku tak tau nak letak tajuk apa untuk post aku kali ni. Sejak akhir2 ni aku banyak terima berita tentang orang sakit, meninggal dunia disebabkan hasad dengki manusia. Baru-baru ni jiran abang long aku sakit tak boleh makan dan bangun. Bila bawa pi hospital. Dr kata dia sihat, tak ada sakit apa2. Bila balik ke rumah, dia sakit balik. Bila abang long aku bawa jumpa Ustaz Bas.. ( pakar dalam bidang perubatan islam) baru dapat tau rupa2nya terkena mainan manusia. 2 minggu lepas jiran kat kampong ayah aku meninggal selepas seminggu sakit . Itu pun bawa ke hospital, tak dapat kesan penyakit apa. Bila balik ke rumah makin teruk. Pagi tadi pula ayah aku terima berita dari sepupu ku di kampong, mengatakan Pak Su ku tetiba pengsan dan diserang strok. Kat hospital Dr kata Pak Su ku tak menghidapi sakit apa2 pun,petang nanti boleh balik. Tetapi Pak Su ku masih lagi tak boleh bercakap dan tak mengenali sesiapa. Sepupu ku kata family dia risau takut2 Pak Su terkena mainan manusia. Keluarga sepupu ku nak cuba cara perubatan islam pula memandangkan cara perubatan moden/sains tak ada perubahan. Begitu juga dgn ayah aku yg baru saja sembuh dr sihir seseorg dan sekarang sedang menjalani rawatan disebabkan menghidap leukemia. Aku sedih, sedih sangat.. Sedih..sebab manusia sanggup lakukan apa saja benda-benda syirik untuk puaskan nafsu/hajat mereka. Aku tahu bukan semua manusia seperti itu, tetapi masih ada segelintir kecil manusia yang sanggup lakukan perkara-perkara syirik ni. Apa mereka tak takut ke dgn balasan yang akan mereka terima di akhirat nanti. Lupa ke mereka-mereka ni dengan cara islam yang sebenar? Yang lebih memeranjatkan aku, org yang melakukan sihir terhadap ayah aku tu seorg yang warak dan merupakan imam masjid. Kenapa ye? Kenapa sampai nak menyihir sesame manusia. Apa yang mereka2 ni dapat setelah hajat mereka ni tercapai. Berdosa besar lagi ada la. Aku harap manusia2 yang tak sedar diri ni kembali lah ke jalan yang benar ye. Jangan la ingat hidup di dunia ni untuk selamanya..Ingat la kita ni sebagai manusia hanya menumpang atas bumi ni.

Nota : Sedih dan sakit hati tadi tengok ayah menangis bila dia terima berita tentang Pak Su.

8 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

sedihnye baca post eyta ni.
selalunya lagi byk ilmu manusia ni lagi besar syaitannya. ni semua kes dengar bisikan syaitan... istighfar banyak. berdoalah minta petunjuk Allah. bykkan baca ayat kursi....
semoga family eyta terus tabah dgn dugaan ini.

KELLY910 said...

eyta..
bila baca entry ni buat kelly teringat kat kakak yg sakit tu.. kes yag sama berlaku pada pak su dan jiran abg long eyta.. pergi hospital doc cakap sakit misteri.. tapi alhamdulillah,.. setelah berubat kakak dah bertambah baik dan dah mula kerja 2 minggu lepas..
sebelum ni kakak pasti diserang epilepsi setiap hari jumaat.. dan setiap kali kakak kena attacked , kakak mesti nampak ada bintang terbang ke arah nya...:(
hope paksu eyta juga akan sembuh ye..

Eyta@hot mama said...

Terima kasih Fiza..memang kami sekeluarga selalu beristighfar dan berdoa agar kami semua tabah dgn dugaan yang datang.

Eyta@hot mama said...

Alhamdulillah kakak Kelly dah semakin sembuh ye. Eyta doakan dia sentiasa dilindungi Allah s.w.t. Terima kasih Kelly, eyta pun berdoa minta Pak Su cepat sembuh.

Lady of Leisure said...

kadang2 pelik juga kan, kenapa manusia sanggup nak menyihir sesama sendiri...
hope mereka dapat petunjuk dan hidayah dari Allah..
semoga keluarga eyta tabah...

Eyta@hot mama said...

Itulah Lady..kekadang kita pun tak faham la, kenapa nak sihir2 ni..hidup tak tenteram buat perkara2 syirik tu. Terima kasih Lady bagi semangat, kita hargai tu.

fisa othman said...

hasad dengki manusia never ending...
mudah2han eyta tabah menghadapi ujian Nya...

Eyta@hot mama said...

terima kasih kak doakan kita.

Followers

Related Posts with Thumbnails