23 January, 2010

Lauk Tengahari Semalam

Rasanya lama dah aku tak share resepi aku kat sini. Hari ni aku rasa nak share la 2 resepi yang aku masak semalam. Ni menu tengahari semalam. Aku masak yang simple-simple je. Resepi yang aku nak share untuk hari ni 2 jenis je.


SUP AYAM & LOBAK PUTIH.

Bahan2nya;

½ ekor ayam.
1 batang lobak putih – dibuang kulit & dihiris
3 biji ubi kentang – dibuang kulit dan belah 4.
3 tangkai batang seleri – dipotong serong.

Bahan untuk menumis
5 ulas bawang putih }
5 ulas bawang merah } ditumbuk lumat
2 inci halia }
Sedikit ketumbar, jintan manis, kulit kayu manis dan bunga lawang.
Minyak sayur untuk menumis.
1 jug air
Garam / Serbuk Perasa

Caranya;
Mula2 tumiskan bahan tumisan hingga bau wangi dan kuning sikit. Masukkan air, tunggu hingga air tu mendidih sikit masukkan ubi kentang dan ayam. Biarkan ubi dan ayam betul-betul masak. Bila ayam dah masak dan sup pun dah mendidih, boleh la masukkan batang selery dan serbuk perasa. Biarkan sekejap dan tutup api.

Nota : Kalau nak sup rasa pedas sikit, boleh masukkan beberapa tangkai cili padi.
Tips Kesihatan : Lobak putih baik utk kesihatan buah pinggang dan sesiapa yg ada masalah lawas atau sembelit.



AYAM GORENG HALIA

Bahan2nya;
Isi ayam dipotong kecil2 dan dilumurkan serbuk kunyit
Halia dihiris halus memanjang
1 labu bawang besar – dibelah 2 & dihiris
1 tangkai cili merah – dihiris
1 tangkai cili hijau – dihiris
Garam/serbuk perasa.

Caranya;
Panaskan minyak dan gorengkan ayam hingga masak. Angkat dan buangkan sedikit minyak goreng ayam tadi. Tumiskan halia hingga wangi dan masukkan ayam goreng. Gaul rata, taburkan bawang besar, cili merah, cili padi dan serbuk perasa. Gaul rata dan angkat. Siap untuk dimakan.

Nota : Sedap dimakan dengan nasi panas2…hehehe.



9 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

eyta, fiza suka ayam goreng halia tu.
biasa hubby masakkan utk fiza...
sedap...lagi kalau guna halia muda, makan dgn hali2 sekali....habis angin satu badan keluar. hehe.

Lady of Leisure said...

sedapnya lauk pauk... semua best...
thanks for sharing the recipe..
ayam masak halia sedap kan.. bak kata kak fiza, kasi keluar angin hehe..

Annsyifa said...

sedapnya tgk kombinasi lauk pauk tu eyta..
eh..sedap ke lobak putih?..tak pernah pun makan..huhu..

iNa said...

simple tp menyelerakan... :)

Eyta@hot mama said...

Fiza,
lepas ni boleh la Fiza pula masakkan untuk hubby kan. Guna halia muda mmg sedap.

Lady of Leisure,
Ala Lady semua simple2 je..kalau dh dtg penyakit 'M' mcm tu la kita masak. Hehehe..

Eyta@hot mama said...

Annsyifa,
Lobak putih ada rasa pahit sikit, tapi bila dah campur dlm sup ayam tak rasa pahit pun. Lobak putih ni bagus untuk kesihatan buah pinggang dan usus tau Ann. Sup lobak putih ni mmg hari2 kita masak, sbb ayahkan pernah kena sembelit sampai berminggu2 jadi elok minum sup ni.

Eyta@hot mama said...

Ina,
sedapkan..:-)

fisa othman said...

lobak putih juga menambah stok susu tau...;)
suka sangat2 p cik abg ku x makan lobak putih...
ermmm simple p menyelerakan arr...hehehe...nak try ayam goreng halia arr...lom pernah wat lagi nie..

Eyta@hot mama said...

Kak Fisa,
try la masak lobak putih cara kita ni, maybe en.somi mu suka. nanti dah try ayam goreng halia tu jangan lupa post kat blog ye kak fisa.

Followers

Related Posts with Thumbnails