15 January, 2010

Gerhana Matahari Cincin 15 Januari 2010

Satu kejadian gerhana matahari dijangka akan berlaku pada hari Jumaat 15hb Januari 2010. Ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat.
Kiraan waktu gerhana di Kuala Lumpur bermula pada jam 3:01PM dan dijangka berakhir pada 5:38 PM.

Cara selamat melihat gerhana
Jangan SEKALI-KALI melihat matahari dengan mata kasar atau alat mencerap (teleskop atau binokular). Cahaya matahari amat terang dan memancarkan radiasi yang amat tinggi sehingga boleh merosakkan mata sehingga buta.
Kaedah paling selamat melihat fasa-fasa gerhana ialah dengan menggunakan kamera lubang pin (Pin Hole Camera).
Jika anda mempunyai binokular, gunalah kaedah projeksi atas kertas (cardboard projection).
Jika anda mempunyai teleskop, sebaik-baik kaedah ialah dengan menggunakan penapis matahari (seperi baader atau mylar). Cuba elakkan daripada menggunakan kaedah projeksi atas kertas kerana intensiti cahaya matahari amat kuat dan boleh mencairkan kanta mata (eyepiece) anda!


Solat sunat gerhana matahari adalah sunat yang digalakkan. Boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian.
Niat solat sunat gerhana matahari- Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat (makmum) kerana Allah Ta’ala”.

Cara solat sunat gerhana matahari :
Seperti solat sunat biasa atau yang biasa dilakukan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua rukuk pada tiap-tiap satu rakaat .
• Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah.
• Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah ( apa saja yang mampu)
• Kemudian rukuk dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiamkedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah.
• Kemudian rukuk semula ( rukuk kedua).
• Apabila bangkit Iktidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama.

©Eyta– ada juga saya terbaca pendapat – gerhana separuh tak perlu solat sunat, tapi pendapat peribadi saya – kalau ada peluang untuk berbuat baik, kenapa harus disiakan. Nak buat baik tu macam-macam nak fikir – tapi kalau nak buat jahat tak fikir panjang dah…..

2 comments:

Lady of Leisure said...

thanks for sharing eyta..

Eyta@hot mama said...

Lady of Leisure

You're welcome.

Followers

Related Posts with Thumbnails