23 January, 2010

Bubur Cha Cha

Siapa pernah makan Bubur Cha Cha? Mesti teringat ada macam2 warna kat dalam bubur tu kan. Hmm…hari ni ayah teringin nak makan Bubur Cha Cha. Bubur Cha Cha ni kalau nak masak sedap dicampurkan dengan ubi keledek. Tapi petang ni aku masak letak tepung cha cha je sebab kat area tempat tinggal aku ni susah nak dapat keledek. Ni la resepi Bubur Cha Cha.


Bahan2nya;

Cha Cha – perlu direndam selama 1/2jam dan direbus hingga lembut.

Santan pekat dari sebiji kelapa (boleh juga guna santan kotak)

3 helai daun pandan – dipotong

Sedikit air

Gula mengikut citarasa masing2.

Caranya;

Masukkan cha cha yang dah direbus bersama santan di dalam periuk. Masak sehingga santan mendidih, masukkan daun pandan dan gula. Jika bubur pekat sangat, masukkan sedikit air. Kacau rata dan tutup api. Dah siap..




Nota : Bubur Cha Cha ni kalau masukkan ketulan ais lagi sedap dimakan.







10 comments:

KELLY910 said...

eyta...
tengkiu2. bubur cha cha ni kesukaan hubby n anak2 kelly.. selalu beli je.. boleh le kelly try masak sendiri pula.. ekekke

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

bubur cha cha ni mmg lazt dan sedap,eyta.
fiza pun suka makan...tapi, lama dah tak buat.
nak suruh hubby belikan cha cha la....cari keledek kat NSK rawang. sedapnya kalau dah jadi....

Lady of Leisure said...

sedapnya bubur cha cha ni kalau makan sejuk2 mesti best kan... slalu nampak dijual di pasaraya tapi tak gerak hati nak beli sbb tak sure cara masakkannya...
lepas niboleh la lady try...

Annsyifa said...

sedapnya eyta..
ann tak tau pulak bubur cha cha sedap di makan dgn ais..nanti nak try la..tq for sharing..

iNa said...

yummy...suke gak bubur cha cha...
lg best klau buh ais....sejuk2...hhuhu..nikmat x terkata...

saSha a.K.a MumYalya said...

hehe..ni pun bubur kegemaranku..sodap..thanks eyta..nanti i nak try buat :)

Eyta@hot mama said...

Kelly,
sama la dgn hubby kita, dia pun suka bubur cha cha jugak. Ke org cina mmg suka makan bubur cha cha ni. hehehe...

Fiza,
buat tau, letak keledek mmg lagi sedap la. Nanti dah buat, post la erk.

Lady of Leisure,
Memang best Lady kalau dpt makan sejuk2.. itu kita buat tak letak ketulan ais b'coz ayah sakitkan. Tak boleh bagi makan sejuk2. Buat ye Lady,nanti post la. I'm sure mesti sedap kalau Lady yg masak. ;-D

Eyta@hot mama said...

Annsyifa,
A'ah Ann, letak ais lagi sedap tau. Kena pula makan bubur ni time cuaca panas, uiks..memang sedap la. silap2 mak mentua lalu depan kita pun x perasan. :-)

Ina,
Betul2...

Sasha a.k.a Mumyalya
Sama la fav kita juga, sama2.

fisa othman said...

menarik & tertarik tengok bubur cha cha nie...boh ais sedap sungguh d makan time musim panas nie ekkk...;)

Eyta@hot mama said...

Terima kasih kak Fisa. A'ah memang sedap kak kalau bubuh ketulan ais. Sedap tak terkata..hehehehe..

Followers

Related Posts with Thumbnails