25 January, 2010

5 HARI LAGI

Erm...mesti ramai yang tertanya-tanya, apa yang akan berlaku 5 hari lagi. Sebenarnya 5 hari lagi anak kesayangan juga buah hati ku Adam berusia setahun pada 30hb Januari tahun ni & juga sambutan Thaipusam. Masa Adam baru berusia 5 bulan, aku dah sibuk2 mencari dan beli sedikit barang-barang untuk parti sambutan hari lahir Adam.Tapi buat masa ni aku rasa tak seronok pula nak adakan parti harijadi Adam, memandangkan tok wan dia (ayah aku) masih sakit. Kesian la kat tok wan dia, tok wan tengah sakit kita seronok berparti pula. Rasa kesian pun ada kat Adam sebab tak dapat jemput kawan2 dan sanak-saudara untuk raikan harijadi dia. Disebabkan ayah aku masih sakit, aku rasa tak manis nak buat parti harijadi Adam. Jadi aku bercadang nak masak-masak sikit dan hantar ke rumah jiran-jiran aku. Huh..mesti ada yang hairankan, aku nak hantar makanan ke rumah jiran sempena harijadi anak aku :-). Ni sebab aku dah niat dalam hati, bila harijadi Adam nak jemput jiran2 datang ke rumah makan. Tapi dah tak jadi buat parti, jadi aku rasa lebih baik la aku masak dan sedekah kat jiran2. Itu pun dah kira sambut harijadi Adam juga kan. Yang penting hari tu nanti semua gembira dan tok wan bertambah sihat . (Sabar ye sayang, lepas tok wan dah sihat mama buat kenduri kesyukuran & harijadi sekali untuk tok wan dan Adam).


Party popper, candlestick,ballon & kids cutlery ni aku beli untuk birthday party Adam.

Gambar kat atas ni antara hiasan-hiasan untuk harijadi Adam, takpe ku simpan untuk tahun depan. Hehe.. ;-)


Malam tadi pula tetiba hubby ku bawa balik hadiah untuk Adam. Hadiah ni daripada mak angkat Adam. Memang sayang betul dia dengan Adam. Selalu called bertanyakan khabar kami. Thank you so much to Aunty Sally b'coz remember Adam's birthday and thank you for the birthday present. Ni antara hadiah-hadiah yang Adam dapat.



1 set baju t-shirt & seluar pendek.



Jam tangan


Anak patung Pooh dgn basikal muzikal.

Hah...bila Adam nampak je anak patung Pooh ni, dia terus menjerit suka. Lupa pula nak snap gambar dia leka main permainan ni. Seronok lihat Adam gembira.

18 comments:

KELLY910 said...

salam eyta..
baby adam dah nak celebrate bday le..
dah nak besar lah dia..:)

Lady of Leisure said...

wah ramai juga january baby..
ni yg lady excited ni hehe...

Annsyifa said...

yeay..adam dapat adiah in advance...comel..blue color..

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

happy becoming birthday, adam. moga jadi insan soleh yer. seronok betul adam. byk dapat hadiah. tu baru dari mak angkat. belum dari mama dan papa lagi,kan? apa la yg mama papa adam bagi yer?

eyta, apa kata party hari jadi adam tu digantikan dengan majlis kesyukuran serta adakan doa selamat. mohon kesyukuran adam panjang umur, dan mohon kesihatan yang baik buat tok wan adam. (eh, aku ni memandai jer...hehehe)
just suggestion.....

Eyta@hot mama said...

Kelly,
A'ah Kelly..anak teruna ku dah besarkan.
Dah boleh berkawan dgn daniesh dan daniey ni.

Eyta@hot mama said...

Lady of Leisure,
Excited..birthday sama bulan dengan Lady kan.
Erm..cepat2 dapat baby ye..nanti baby u pun boleh lahir dlm bulan Januari 2011. ;-D

Eyta@hot mama said...

Annsyifa,
Biru fav colour Adam.

Eyta@hot mama said...

Naimatul Hafizah Nor Rodin,
Terima kasih Aunty Fiza doakan Adam.(ni kata2 bg pihak Adam)

Terima kasih Fiza sudi beri cadangan ni. Bagus cadangan Fiza ni. Parti hari jadi Adam memang x jadi buat, bila terkenangkan tok wan yg sakit. Cuma masak2 sikit untuk dihantar ke jiran2 bersebelahan je.InsyaAllah kami akan buat seperti yg Fiza cadangkan.

fisa othman said...

ye ye dah nak setahun...;)
sekejap jer rasa nya kan...
irfan next month baru 1 thn...

Eyta@hot mama said...

A'ah kak..sekejap je dh setahun kan. Tapi eyta rasa mcm baru semlm lahirkan Adam. X puas lagi tengok wajah dia masa baby dulu.

L@n@ said...

ehehe .. dah nak setahun dah yer .. anak lana next month .. adam motak !!.. ehehe..

lana setuju dgn cadangan fiza .. kenduri 2 in 1..

Eyta@hot mama said...

L@n@,
Anak L@n@ sebaya dgn anak Kak Fisa la ni ye.

DeLLa said...

hepi besday utk adam..

Eyta@hot mama said...

DeLLa,
Terima kasih Della. :-)

saSha a.K.a MumYalya said...

wah..maknanya besok besday adam ye??
happy birthday to adam..nanti eyta buat entry party tu ok :)
btw,i feel sorry for your dad..semoga your dad cepat sembuh ye..

Eyta@hot mama said...

A'ah..Terima kasih banyak2 Sasha. Terima kasih doakan ayah eyta.
Party Adam kami tak jadi buat, cuma beli kek & buat kuih sikit sedekahkan kat jiran2.
Tapi sebelah mentua i ada buat party kecil2 untuk Adam. Nanti i buat entry bila dah senang ye.

iNa said...

30hb jan ke??
wah...same date ngan ank ina..
tp anak ina 30/01 tiga thn.. :)

happy belated birthday to adam..

Eyta@hot mama said...

Ina,
La sama tarikh ke..erm..lain kali boleh celebrate sekali. hehehe...

Followers

Related Posts with Thumbnails