30 November, 2009

Adam 10 Bulan

Alhamdulillah..Adam dah berusia 10 bulan. Selama 10 bulan ni aku membesarkan Adam banyak sangat kenangan manis yang tak dapat aku lupakan. Seronok tengok anak kita membesar depan mata dan dapat melihat dia melangkah buat pertama kalinya. Macam-macam kerenah aku dapat lihat. Rumah aku sekarang tak pernah sunyi, sentiasa aje riuh dengan suara gelak tawa dan menangis Adam. Adam juga pengubat duka bagi ayah ku yang sedang sakit leukemia. Selama ayah ku tinggal dengan ku, ayah ku sentiasa nampak gembira sebab dapat lihat keletah si comel tu. Adam sekarang ni tengah belajar berjalan atau orang selalu kata tengah bertatih. Sejak dah pandai bertatih ni, Adam kurang sikit meragam dan menangis. Waktu malam pun dah tak selalu bangun nak minum susu atau meragam lagi. Mungkin sebab sekarang ni dia dah cerdik, itu lah kata mak aku. Apa pun, aku sentiasa berdoa agar anak aku menjadi seorang anak yang soleh dan berjaya dalam menempuhi hidup sebagai umat islam. Amin.

Ayah Ku Hidap Barah Darah (Leukemia)

Pagi tadi ayah aku di masukkan ke HTAR semula, Dr call minta ayah aku masuk semula wad kerana ayah aku disahkan mempunyai barah darah(leukemia). Hati aku rasa macam dihiris dengan pisau bila dengar berita ni dari adik aku. Aku jadi lemah dan nak pitam. Aku terfikirkan macam mana aku nak tabahkan hati ni.Macam mana aku nak kuatkan semangat ayah dan buat dia rasa gembira disayangi oleh anak2 dan cucu2 dia. Aku sentiasa berdoa agar ayah aku disembuhkan dari penyakit dia. Semoga ayah aku tabah.

28 November, 2009

Juadah Di Pagi Aidiladha

Salam Aidiladha sekali lagi buat semua umat islam. Pagi raya pasti ada juadah yang dihidangkan dimeja untuk santapan selepas umat islam selesai solat raya. Di rumah ku kali ni aku dibantu oleh mak untuk menyediakan juadah dipagi raya. Rendang ayam, kuah kacang, kari daging dan kuah lontong yang dimakan bersama nasi impit adalah antara juadah yang kami masak bersama-sama. Kali ni aku nak berkongsi resepi kuah lontong yang aku dapat dari blog Chef Hanieliza.Terima kasih ya Chef. Ni kali pertama aku masak kuah lontong dan kuah lontong ku memang sedap. Komen kuah lontong ku sedap ni dari ayah dan adik-adik aku. . Depa ni memang suka makan lontong. Ok la, ni dia resepi kuah lontong dari Chef Hanieliza khas untuk kawan-kawan blog ku.

LONTONG atau KUAH LODEH


Bahan sayuran

1/2 biji kobis [potong kecil]
5 batang kacang panjang [potong pendek]
2 biji terung bulat/panjang [potong kecil]
3 biji kentang [potong kecil]
1 biji carrot [potong kecil dan pendek]
Tauhu [gorengkan dan potong dadu]
Tempe [potong kecil dan gorengkan]
sengkuang [potong pendek dan kecil]
cili merah [hiriskan]
bawang besar [mayangkan]
suhun dan fucuk [rendamkan supaya lembut]

bahan dimesinkan
5 biji cili merah + ciliapi sikit
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai serai
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

bahan lain
1 biji kelapa [amik 5 cawan santan]
250 gm udang basah
minyak [tumis]
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan udang, santan dan sayuran yg keras dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah lembut masukkan sayuran lain dan gram.
4. Bila dah lembut dan rasakan garamnya.
5. Hidangkan dengan serunding daging atau rendang ayam dan juga sambal kuah kacang.

KUAH LONTONG DAN NASI IMPIT

26 November, 2009

SALAM AIDILADHA..

Gambar ehsan Google


Esok 27hb Nov 2009, umat islam akan merayakan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban. Di sini eyta dan keluarga nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat islam tak kira di mana dan juga buat rakan-rakan blogku. Raya korban tahun ni cukup istimewa bagi aku sekeluarga, sebabnya parent aku tinggal bersama aku dan aku dapat raikan bersama-sama di rumah sendiri. Kebetulan adik-adik lelaki aku pula ada disini, jadi meriahlah rumah ku di pagi raya korban ni. Pagi esok lepas sembahyang raya adik-adik aku dan suami akan menziarahi kubur arwah adikku yang berada tak jauh dari tempat tinggal ku.Semoga rohnya sentiasa berada di sisi orang2 beriman. Salam Aidiladha buat semua sekali lagi dan tak lupa juga buat anak aku Adam dan suami tercinta Amin.

22 November, 2009

Sambutan Perayaan Deepavali

Petang semalam suami ku dapat jemputan ke Majlis Sambutan Deepavali di Rimba Jaya, Seksyen 16 pada 21/11/09 (majlis tu malam tadi). Suami ku dapat jemputan ni pun sebab dia ada berikan sedikit sumbangan. Aku dan Adam ikut serta ke sambutan pada malam tadi. Setiba dimajlis sambutan tersebut, aku lihat kebanyakan tetamu yang hadir berbangsa india. Ye la..dah nama pun sambutan perayaan deepavali kan mesti ramai tetamu berbangsa india. Kami duduk di meja vip  bersama jemputan yang lain. Majlis perayaan deepavali akan dimulakan dengan nyalaan Kuttu Vilaku oleh  YB. Pn. Rodziah Ismail (ADUN Batu Tiga) dan diikuti dengan persembahan tarian baratham dan seni silat Silambam. Memang terhiburlah melihat persembahan yang diadakan pada malam tu. Adam pula seronok je dia dapat lihat macam-macam persembahan yang dia tak pernah tengok sebelum ni. Dapat jugalah dia mengenali budaya lain. Nasib baik juga pada malamtu Adam tak buat perangai meragam dia. Biasanya Adam tak boleh duduk lama sikit kat satu-satu majlis, dia mesti meragam. Tapi malam tadi alhamdulillah dia langsung tak buat perangai, malahan seronok dan nak main pulak dengan tetamu lain. Gambar di bawah ni antara salah satu gambar yang aku dapat ambil di majlis malam tadi. Aku dan Adam ambil kesempatan bergambar dengan YB Pn. Rodziah ketika dia sedang beramah mesra dengan tetamu di majlis malam tadi.


09 November, 2009

Adam Dah Pandai Berjalan

Anak mama sayang, kenapa la sayang aktif sangat. Sampaikan mama letih dibuatnya layan kerenah mu sayang. Adam dah pandai berjalan, tapi kena bergantung atau sokong pada sesuatu baru dia berani. Sejak 3-4 hari ni Adam asyik nak berjalan je, sampaikan aku letih menjaga dia. Yea la..aku risau kalau aku tak jaga nanti dia jatuh pula bila baru belajar berjalan ni. Aku rasa seronok juga walaupun letih..seronok dapat lihat anak berjalan depan mata kita buat pertama kalinya. Sekarang ni Adam suka sangat menjerit sambil melompat kecil kalau dia rasa happy...

Adam dah tumbuh 4 batang gigi, 2 sebelah atas dan 2 sebelah bawah.

Lauk Tengahari Hari Ni.

Inilah masakan tengahari aku untuk  my beloved hubby and parent hari ni. Aku masak semua yang simple dan tak remeh (ni gara-gara penyakit M datang) Hehhehee...


Kacang Buncis Goreng



Bahan-bahan


10-15 batang kacang buncis - dipotong menyerong
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 labu bawang besar - dihiris melintang
1 biji cili merah - dihiris menyerong
1 keping tempe kacang soya - dipotong nipis memanjang dan digoreng
1 peket kecil udang kering
sedikit garam

Cara-Cara ;
Tumiskan bawang putih dan udang kering hingga naik bau. Masukkan kacang, bawang besar dan cili merah. Gaul rata hingga kacang masak dan masukkan tempe yang telah digoreng. Taburkan sedikit garam dan gaul rata. Dah pun siap..ni la hasilnya...

Ta daa....ni la lauknya.




KACANG BUNCIS GORENG BERSAMA TEMPE




Ayam Masak Kicap Berhalia


Bahan-bahan

10 ketul ayam - digoreng dan ditumbuk sedikit.
5 inci halia
5 ulas bawang putih
5 tangkai cili padi
5 inci halia - dihiris memanjang
2 labu bawang besar - dipotong bulat
2 tangkai cili merah - dipotong menyerong
1 mangkuk kecil air asam jawa
Kicap mengikut citarasa masing-masing.(nak pekat letak la lebih ye atau nak cair kurangkan kicap tu)



Cara-Caranya ;

Tumbuk halia,bawang putih dan cili padi. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk. Setelah naik bau atau bahan tumbuk dah kuning, tuangkan air asam jawa. Biarkan air asam jawa tu mendidih lepas tu masukkan kicap pula. Masukkan juga ayam, bawang besar, cili merah dan halia. Bila dah mendidih, tutupkan api. Dah pun siap..

Ni gambar ayam masak kicap tengah mendidih dalam kuali..



AYAM MASAK KICAP BERHALIA

02 November, 2009

Adam Dah 9 Bulan..



Aku lambat post kat sini. Sebenarnya Adam genap 9 bulan, 29/10/2009 baru-baru ni. Saja aku snap gambar dia baru bangun dari tidur, ku lihat comel jer muka dia. Hehehe.. Adam sekarang ni dah pandai nak mengunyah makanan keras. Suka sangat makan biskut rusk..gigit benda keras. Adam dah pandai panggil "mama" bila nampak aku. Dia juga dah pandai ajak keluar berjalan bila bangun tidur waktu pagi dan petang. Kalau tak bawa keluar mulalah dia nak merengek buat perangai. Perkembangan Adam pula semakin hari semakin memberangsangkan. Ada saja benda baru yang diterokai dan nak mencuba..Adam sekarang ni tengah belajar nak berjalan.

Hari Pertama Aku Sebagai Fulltime Housewife

Salam...
Alhamdulillah...ku bersyukur sangat sebab termakbul juga doa suami ku minta aku jadi surirumah sepenuh masa. Hari ni merupakan hari pertama aku menjalani hidup sebagai surirumah sepenuh masa dan juga seorang mama. Sebenarnya banyak sebab/tujuan kenapa aku pilih untuk jadi surirumah sepenuh masa ni. Keputusan yang aku buat juga sangatlah sukar sebenarnya, ye la..dah hampir 11 tahun aku bekerja. Aku mula bekerja sejak tamat sekolah menengah sehinggalah sekarang ni.. Tujuan utama aku berhenti kerja sebab suami nak aku jaga anak sendiri dan juga jaga orang tua ku yang tinggal dengan ku sekarang ni. Aku tau, bukan senangkan nak laksanakan tugas sebagai surirumah sepenuh masa ni. Dalam masa yang sama aku rasa gembira juga...gembira sebab aku tak terikat dengan masa. Bila kita bekerja dah tentu terikat dengan masa kerja 9 to 5 dan tak sempat nak masakkan suami sarapan pagi dan makan malam. Aku berdoa agar diri ku ni sentiasa bersemangat dan bersabar menjalani hidup ini, Amin.

Followers

Related Posts with Thumbnails