22 November, 2009

Sambutan Perayaan Deepavali

Petang semalam suami ku dapat jemputan ke Majlis Sambutan Deepavali di Rimba Jaya, Seksyen 16 pada 21/11/09 (majlis tu malam tadi). Suami ku dapat jemputan ni pun sebab dia ada berikan sedikit sumbangan. Aku dan Adam ikut serta ke sambutan pada malam tadi. Setiba dimajlis sambutan tersebut, aku lihat kebanyakan tetamu yang hadir berbangsa india. Ye la..dah nama pun sambutan perayaan deepavali kan mesti ramai tetamu berbangsa india. Kami duduk di meja vip  bersama jemputan yang lain. Majlis perayaan deepavali akan dimulakan dengan nyalaan Kuttu Vilaku oleh  YB. Pn. Rodziah Ismail (ADUN Batu Tiga) dan diikuti dengan persembahan tarian baratham dan seni silat Silambam. Memang terhiburlah melihat persembahan yang diadakan pada malam tu. Adam pula seronok je dia dapat lihat macam-macam persembahan yang dia tak pernah tengok sebelum ni. Dapat jugalah dia mengenali budaya lain. Nasib baik juga pada malamtu Adam tak buat perangai meragam dia. Biasanya Adam tak boleh duduk lama sikit kat satu-satu majlis, dia mesti meragam. Tapi malam tadi alhamdulillah dia langsung tak buat perangai, malahan seronok dan nak main pulak dengan tetamu lain. Gambar di bawah ni antara salah satu gambar yang aku dapat ambil di majlis malam tadi. Aku dan Adam ambil kesempatan bergambar dengan YB Pn. Rodziah ketika dia sedang beramah mesra dengan tetamu di majlis malam tadi.


No comments:

Followers

Related Posts with Thumbnails