02 November, 2009

Hari Pertama Aku Sebagai Fulltime Housewife

Salam...
Alhamdulillah...ku bersyukur sangat sebab termakbul juga doa suami ku minta aku jadi surirumah sepenuh masa. Hari ni merupakan hari pertama aku menjalani hidup sebagai surirumah sepenuh masa dan juga seorang mama. Sebenarnya banyak sebab/tujuan kenapa aku pilih untuk jadi surirumah sepenuh masa ni. Keputusan yang aku buat juga sangatlah sukar sebenarnya, ye la..dah hampir 11 tahun aku bekerja. Aku mula bekerja sejak tamat sekolah menengah sehinggalah sekarang ni.. Tujuan utama aku berhenti kerja sebab suami nak aku jaga anak sendiri dan juga jaga orang tua ku yang tinggal dengan ku sekarang ni. Aku tau, bukan senangkan nak laksanakan tugas sebagai surirumah sepenuh masa ni. Dalam masa yang sama aku rasa gembira juga...gembira sebab aku tak terikat dengan masa. Bila kita bekerja dah tentu terikat dengan masa kerja 9 to 5 dan tak sempat nak masakkan suami sarapan pagi dan makan malam. Aku berdoa agar diri ku ni sentiasa bersemangat dan bersabar menjalani hidup ini, Amin.

1 comment:

kelly910 said...

wah.. eyta welcome to SAHM world.. kelly pun SAHM juga.. best tau duduk rumah ni.. boleh tengok anak membesar depan mata.. he..he..

Followers

Related Posts with Thumbnails