30 December, 2009

Adam Dah 11 Bulan


Hari ni genap la Adam berusia 11 bulan. Sekarang ni Adam makin aktif hinggakan aku penat la nak kejar dia berlari ke sana sini. Adam sekarang ni dah pandai minta makan dan minta minum susu. Kalau dia menangis manja bunyi uhuhuhu...tu  hah, dia nak susu la tu. Tapi kalau dia menangis sambil bawa bantal bucuk dia tu, tu tandanya dia nak makan. Sejak dah pandai berjalan ni, Adam dah tak nak merangkak. Suka sangat berjalan sampaikan bila dia rasa seronok bermain, Adam berlari sambil menjerit-jerit gembira. Lepas tu mula la dia nak mengusik orang pula. Aku tak sangka masa berlalu begitu pantas hinggakan aku tak perasan dia dah berusia 11 bulan, rasa macam baru jer aku lihat Adam dilahirkan. Bulan depan pula dia dah nak sambut hari lahir yang pertama. Tak sangka betul masa berlalu cepat. Tapi aku sentiasa doakan anak ku Adam ini akan menjadi insan yang mulia dan sentiasa ceria.

MAMA SAYANG ADAM.

03 December, 2009

Ayah Ku Dah Pulang Ke Rumah.

Alhamdulillah..aku rasa bersyukur sangat. Petang ni ayah aku dibenarkan keluar dari wad setelah 4 hari dimasukkan ke wad kerana disahkan menghidap barah darah (leukemia). Sepanjang tempoh ayah aku tinggal di hospital, ayah aku diberikan rawatan kemoterapi. Rawatan kemoterapi tu yang aku tau tujuannya untuk membunuh sel-sel barah yang ada didalam tubuh ayah aku dan untuk pulihkan sel-sel yang normal dapat memperbaharui. Selepas ni aku perlu jaga ayah aku dengan rapi sebab ayah aku akan terasa kesan sampingan oleh rawatan tersebut.

30 November, 2009

Adam 10 Bulan

Alhamdulillah..Adam dah berusia 10 bulan. Selama 10 bulan ni aku membesarkan Adam banyak sangat kenangan manis yang tak dapat aku lupakan. Seronok tengok anak kita membesar depan mata dan dapat melihat dia melangkah buat pertama kalinya. Macam-macam kerenah aku dapat lihat. Rumah aku sekarang tak pernah sunyi, sentiasa aje riuh dengan suara gelak tawa dan menangis Adam. Adam juga pengubat duka bagi ayah ku yang sedang sakit leukemia. Selama ayah ku tinggal dengan ku, ayah ku sentiasa nampak gembira sebab dapat lihat keletah si comel tu. Adam sekarang ni tengah belajar berjalan atau orang selalu kata tengah bertatih. Sejak dah pandai bertatih ni, Adam kurang sikit meragam dan menangis. Waktu malam pun dah tak selalu bangun nak minum susu atau meragam lagi. Mungkin sebab sekarang ni dia dah cerdik, itu lah kata mak aku. Apa pun, aku sentiasa berdoa agar anak aku menjadi seorang anak yang soleh dan berjaya dalam menempuhi hidup sebagai umat islam. Amin.

Ayah Ku Hidap Barah Darah (Leukemia)

Pagi tadi ayah aku di masukkan ke HTAR semula, Dr call minta ayah aku masuk semula wad kerana ayah aku disahkan mempunyai barah darah(leukemia). Hati aku rasa macam dihiris dengan pisau bila dengar berita ni dari adik aku. Aku jadi lemah dan nak pitam. Aku terfikirkan macam mana aku nak tabahkan hati ni.Macam mana aku nak kuatkan semangat ayah dan buat dia rasa gembira disayangi oleh anak2 dan cucu2 dia. Aku sentiasa berdoa agar ayah aku disembuhkan dari penyakit dia. Semoga ayah aku tabah.

28 November, 2009

Juadah Di Pagi Aidiladha

Salam Aidiladha sekali lagi buat semua umat islam. Pagi raya pasti ada juadah yang dihidangkan dimeja untuk santapan selepas umat islam selesai solat raya. Di rumah ku kali ni aku dibantu oleh mak untuk menyediakan juadah dipagi raya. Rendang ayam, kuah kacang, kari daging dan kuah lontong yang dimakan bersama nasi impit adalah antara juadah yang kami masak bersama-sama. Kali ni aku nak berkongsi resepi kuah lontong yang aku dapat dari blog Chef Hanieliza.Terima kasih ya Chef. Ni kali pertama aku masak kuah lontong dan kuah lontong ku memang sedap. Komen kuah lontong ku sedap ni dari ayah dan adik-adik aku. . Depa ni memang suka makan lontong. Ok la, ni dia resepi kuah lontong dari Chef Hanieliza khas untuk kawan-kawan blog ku.

LONTONG atau KUAH LODEH


Bahan sayuran

1/2 biji kobis [potong kecil]
5 batang kacang panjang [potong pendek]
2 biji terung bulat/panjang [potong kecil]
3 biji kentang [potong kecil]
1 biji carrot [potong kecil dan pendek]
Tauhu [gorengkan dan potong dadu]
Tempe [potong kecil dan gorengkan]
sengkuang [potong pendek dan kecil]
cili merah [hiriskan]
bawang besar [mayangkan]
suhun dan fucuk [rendamkan supaya lembut]

bahan dimesinkan
5 biji cili merah + ciliapi sikit
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai serai
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

bahan lain
1 biji kelapa [amik 5 cawan santan]
250 gm udang basah
minyak [tumis]
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan udang, santan dan sayuran yg keras dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah lembut masukkan sayuran lain dan gram.
4. Bila dah lembut dan rasakan garamnya.
5. Hidangkan dengan serunding daging atau rendang ayam dan juga sambal kuah kacang.

KUAH LONTONG DAN NASI IMPIT

26 November, 2009

SALAM AIDILADHA..

Gambar ehsan Google


Esok 27hb Nov 2009, umat islam akan merayakan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban. Di sini eyta dan keluarga nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat islam tak kira di mana dan juga buat rakan-rakan blogku. Raya korban tahun ni cukup istimewa bagi aku sekeluarga, sebabnya parent aku tinggal bersama aku dan aku dapat raikan bersama-sama di rumah sendiri. Kebetulan adik-adik lelaki aku pula ada disini, jadi meriahlah rumah ku di pagi raya korban ni. Pagi esok lepas sembahyang raya adik-adik aku dan suami akan menziarahi kubur arwah adikku yang berada tak jauh dari tempat tinggal ku.Semoga rohnya sentiasa berada di sisi orang2 beriman. Salam Aidiladha buat semua sekali lagi dan tak lupa juga buat anak aku Adam dan suami tercinta Amin.

22 November, 2009

Sambutan Perayaan Deepavali

Petang semalam suami ku dapat jemputan ke Majlis Sambutan Deepavali di Rimba Jaya, Seksyen 16 pada 21/11/09 (majlis tu malam tadi). Suami ku dapat jemputan ni pun sebab dia ada berikan sedikit sumbangan. Aku dan Adam ikut serta ke sambutan pada malam tadi. Setiba dimajlis sambutan tersebut, aku lihat kebanyakan tetamu yang hadir berbangsa india. Ye la..dah nama pun sambutan perayaan deepavali kan mesti ramai tetamu berbangsa india. Kami duduk di meja vip  bersama jemputan yang lain. Majlis perayaan deepavali akan dimulakan dengan nyalaan Kuttu Vilaku oleh  YB. Pn. Rodziah Ismail (ADUN Batu Tiga) dan diikuti dengan persembahan tarian baratham dan seni silat Silambam. Memang terhiburlah melihat persembahan yang diadakan pada malam tu. Adam pula seronok je dia dapat lihat macam-macam persembahan yang dia tak pernah tengok sebelum ni. Dapat jugalah dia mengenali budaya lain. Nasib baik juga pada malamtu Adam tak buat perangai meragam dia. Biasanya Adam tak boleh duduk lama sikit kat satu-satu majlis, dia mesti meragam. Tapi malam tadi alhamdulillah dia langsung tak buat perangai, malahan seronok dan nak main pulak dengan tetamu lain. Gambar di bawah ni antara salah satu gambar yang aku dapat ambil di majlis malam tadi. Aku dan Adam ambil kesempatan bergambar dengan YB Pn. Rodziah ketika dia sedang beramah mesra dengan tetamu di majlis malam tadi.


09 November, 2009

Adam Dah Pandai Berjalan

Anak mama sayang, kenapa la sayang aktif sangat. Sampaikan mama letih dibuatnya layan kerenah mu sayang. Adam dah pandai berjalan, tapi kena bergantung atau sokong pada sesuatu baru dia berani. Sejak 3-4 hari ni Adam asyik nak berjalan je, sampaikan aku letih menjaga dia. Yea la..aku risau kalau aku tak jaga nanti dia jatuh pula bila baru belajar berjalan ni. Aku rasa seronok juga walaupun letih..seronok dapat lihat anak berjalan depan mata kita buat pertama kalinya. Sekarang ni Adam suka sangat menjerit sambil melompat kecil kalau dia rasa happy...

Adam dah tumbuh 4 batang gigi, 2 sebelah atas dan 2 sebelah bawah.

Lauk Tengahari Hari Ni.

Inilah masakan tengahari aku untuk  my beloved hubby and parent hari ni. Aku masak semua yang simple dan tak remeh (ni gara-gara penyakit M datang) Hehhehee...


Kacang Buncis Goreng



Bahan-bahan


10-15 batang kacang buncis - dipotong menyerong
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 labu bawang besar - dihiris melintang
1 biji cili merah - dihiris menyerong
1 keping tempe kacang soya - dipotong nipis memanjang dan digoreng
1 peket kecil udang kering
sedikit garam

Cara-Cara ;
Tumiskan bawang putih dan udang kering hingga naik bau. Masukkan kacang, bawang besar dan cili merah. Gaul rata hingga kacang masak dan masukkan tempe yang telah digoreng. Taburkan sedikit garam dan gaul rata. Dah pun siap..ni la hasilnya...

Ta daa....ni la lauknya.




KACANG BUNCIS GORENG BERSAMA TEMPE




Ayam Masak Kicap Berhalia


Bahan-bahan

10 ketul ayam - digoreng dan ditumbuk sedikit.
5 inci halia
5 ulas bawang putih
5 tangkai cili padi
5 inci halia - dihiris memanjang
2 labu bawang besar - dipotong bulat
2 tangkai cili merah - dipotong menyerong
1 mangkuk kecil air asam jawa
Kicap mengikut citarasa masing-masing.(nak pekat letak la lebih ye atau nak cair kurangkan kicap tu)



Cara-Caranya ;

Tumbuk halia,bawang putih dan cili padi. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk. Setelah naik bau atau bahan tumbuk dah kuning, tuangkan air asam jawa. Biarkan air asam jawa tu mendidih lepas tu masukkan kicap pula. Masukkan juga ayam, bawang besar, cili merah dan halia. Bila dah mendidih, tutupkan api. Dah pun siap..

Ni gambar ayam masak kicap tengah mendidih dalam kuali..



AYAM MASAK KICAP BERHALIA

02 November, 2009

Adam Dah 9 Bulan..



Aku lambat post kat sini. Sebenarnya Adam genap 9 bulan, 29/10/2009 baru-baru ni. Saja aku snap gambar dia baru bangun dari tidur, ku lihat comel jer muka dia. Hehehe.. Adam sekarang ni dah pandai nak mengunyah makanan keras. Suka sangat makan biskut rusk..gigit benda keras. Adam dah pandai panggil "mama" bila nampak aku. Dia juga dah pandai ajak keluar berjalan bila bangun tidur waktu pagi dan petang. Kalau tak bawa keluar mulalah dia nak merengek buat perangai. Perkembangan Adam pula semakin hari semakin memberangsangkan. Ada saja benda baru yang diterokai dan nak mencuba..Adam sekarang ni tengah belajar nak berjalan.

Hari Pertama Aku Sebagai Fulltime Housewife

Salam...
Alhamdulillah...ku bersyukur sangat sebab termakbul juga doa suami ku minta aku jadi surirumah sepenuh masa. Hari ni merupakan hari pertama aku menjalani hidup sebagai surirumah sepenuh masa dan juga seorang mama. Sebenarnya banyak sebab/tujuan kenapa aku pilih untuk jadi surirumah sepenuh masa ni. Keputusan yang aku buat juga sangatlah sukar sebenarnya, ye la..dah hampir 11 tahun aku bekerja. Aku mula bekerja sejak tamat sekolah menengah sehinggalah sekarang ni.. Tujuan utama aku berhenti kerja sebab suami nak aku jaga anak sendiri dan juga jaga orang tua ku yang tinggal dengan ku sekarang ni. Aku tau, bukan senangkan nak laksanakan tugas sebagai surirumah sepenuh masa ni. Dalam masa yang sama aku rasa gembira juga...gembira sebab aku tak terikat dengan masa. Bila kita bekerja dah tentu terikat dengan masa kerja 9 to 5 dan tak sempat nak masakkan suami sarapan pagi dan makan malam. Aku berdoa agar diri ku ni sentiasa bersemangat dan bersabar menjalani hidup ini, Amin.

27 October, 2009

Udang Goreng Masak Asam.

UDANG GORENG MASAK ASAM



Bahan-bahan :

10 ekor udang harimau sederhana - tak perlu buang kulit* (dilumur serbuk kunyit dan garam)
1 labu bawang besar - hiris bulat
2 ulas bawang putih - ditumbuk lumat
2 ulas bawang merah - ditumbuk lumat
3 tangkai cili merah - hiris menyerong
5 tangkai cili padi - dihiris
1 mangkuk air asam jawa
garam secukup rasa.




Cara memasak;

Panaskan minyak dan goreng udang hingga masak atau garing. Angkat dan ketepikan. Panasakan sedikit minyak dan tumis bahan yang ditumbuk hingga garing. Masukkan air asam jawa dan biar air mendidih seketika. Masukkan udang goreng dan biarkan sebentar. Akhir sekali masukkan cili, bawang besar dan garam. Gaul rata dan angkat.



 
*dalam gambar diatas aku terbuang kulit udang.

Aku Terlibat Dalam Kemalangan Kecil


Salam semua. Erm...pagi-pagi dalam perjalanan ke tempat kerja tiba-tiba aku boleh accident pula. Alhamdulillah..ku tak ada apa2. Cuma kereta aku dan kereta org depan rosak sikit. Masa nak keluar rumah tu memang ada rasa tak sedap hati, dalam perjalanan tu aku asyik berzikir dan baca ayat-ayat suci. Ingatkan tak ada apa-apalah sebab dah hampir dengan lokasi pejabat. Bila aku nak mengambil lorong kiri di bulatan, tiba-tiba kereta yang ada depan kereta aku brek emergency dan aku pula jadi panik tak sempat nak brek terus hentam buntut kereta depan.. Nasib baik la aku drive tak laju jadi kerosakan tu tak teruk sangat. Memang rasa panik sekejap hinggakan tangan kut terketar-ketar sekejap ketika kejadian. Ish..ish...dah nak sampai ke tempat kerja pun boleh berlaku perkara macam ni. Memang betul apa orang kata "Malang Tak BerBau", bila-bila nak jadi kita memang tak tau.
Kerosakkan di bahagian sisi depan. Nasib baik kemek je.

17 October, 2009

Bila Baby Adam Shopping


Tengok tu Adam dgn basikal dia.

Pagi tadi awal betul baby Adam bangun. Bangun je dia dah merengek ajak keluar. Kebetulan ku dan hubby nak keluar beli barang, jadi ku bawa sekalilah Adam.  Bukan main seronok sangat dia bila nampak daddy dia pegang kunci kereta. Dia tahu kalau pegang kunci kereta maknanya nak bawa dia keluar la tu. Kami sekeluarga pi tesco berjalan sambil beli barang dapur serta bahan-bahan nak buat laksa seawal 8.00 pagi. Nasib baiklah tak ramai orang datang kat tesco waktu pagi. Jadi senanglah nak bawa Adam berjalan dengan basikal dia. Bukan main lagi lagak Adam bila daddy dia tolak basikal keliling tesco. Senyum jer muka dia... bila ada orang perhatikan gelegat Adam mulalah dia senyum malu. Kami berjalan di tesco tak lama..lepas beli barang singgah makan nasi lemak dan terus balik ke rumah.

16 October, 2009

LION KeSayangan ..

Lion berdiri minta diangkat


Inilah dia arnab peliharaan aku dan hubby. Nama dia Lion. Lion ni memang arnab yang  manja dan memahami apa yang kita katakan pada dia. Lion ni aku bela dah hampir 2 tahun. Kalau bab makan, Lion memang cerewat.. Pelet makanan  yang biasa tu tak nak nye dia nak makan, dia pandang je pelet tu. Tapi kalau di bagi makan pelet yang ada segala macam bijirin tu laju jer dia nak makan. Pantang nampak aku pegang balang makanan dia, mula la dia berlari-lari mengelilingi aku minta makan. Bila bangun waktu pagi nampak aku jer, mulalah minta biskut dia. Lion ni pun pandai rasa jealous tau. Dulu masa aku baru melahirkan Adam, tiap kali dia nampak aku dukung Adam mesti dia menjauhkan diri. Jealous la tu.. Kekadang tu saja dia datang mengelilingi aku ajak bermain ketika aku sedang dukung Adam. Walaupun aku dah ada Adam,aku tetap sayangkan Lion..Lion dah menjadi sebahagian dalam kehidupanku. Ku memang teramatlah sayangkan  Lion.. dulu sebelum ku ada Adam..dialah anak aku. Sekarang pun dia masih anak aku juga. Hehehe..

Basikal Doraemon




Adam nak menangis sebab takde org nak tolong tolak basikal dia.

Seronoknyaa anak mama.. Petang semalam Adam dapat basikal Doraemon dari daddy ye. Daddy dia yang sibuk sangat nak belikan. Bukan main seronok lagi Adam dapat naik basikal doraemon dia, bermain dari petang sampai la ke malam. Asyik minta mama dan daddy dia tolakkan basikal tu, bila berhenti je mulalah dia menangis minta tolak basikal tu. Penat mama dan daddy di buatnya Adam. Mama lihat Adam sekarang dah mula tunjukkan sifat-sifat memberontak. Bila ada sesuatu atau ada barang yang diinginkan tak dapat mulalah Adam menangis. Pandai betul budak ni. Adam, adam..anak mama sayang..

06 October, 2009

Tumbuh Gigi....


Hari ni Adam dah berusia 8 bulan. Wajah dia saling tak tumpah macam wajah daddy dia. Adam ni anak bapak. Sekarang Adam dah pandai merangkak dan dah tumbuh 2 batang gigi. Adam dah pandai bercakap, apa yang dicakapkan tak tau la.. Badan pula dah susut sikit sebab dia aktif sangat walaupun dia berselera makan dan minum susu. Maklumlah baru pandai merangkak, semua ceruk rumah dia nak merangkak pergi. Pantang letak dia kat bawah, mula la nak merangkak mengelilingi dunia baru dia. Alhamdulillah ...mama rasa bersyukur sebab Adam sentiasa sihat dan semakin hari anak mama semakin besar. Perasaan ketika mengandungkan anak mama ni masih lagi segar diingatan walaupun dah 8 bulan berlalu la sayang. Mama memang teruja ketika dapat tahu mama dah mengandung. Daddy lagilah teruja hinggakan daddy pergi belikan mama kasut jenis tapak flat.(mama suka pakai kasut tumit tinggi) gara-gara risaukan kandungan dan mama.

Adam..adam..anak mama sorang ..semoga membesar menjadi anak soleh dan taat pada perintahNya.

25 July, 2009

Sayur Kubis Cina

Bahan-bahan :

1/2 bahagian kubis china/ kubis panjang
2 pokok kecil brokoli
1 batang lobak merah (potong menyerong)
10 biji cendawan butang (belah 2)
2 cawan air
2 sudu besar stok ayam (saya guna Brand Maggi dalam botol)
3 sudu besar sos tiram (brand Maggi juga)
1 sudu kecil minyak bijan
sedikit gula
2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Cara-cara memasak dimulakan..

1. Masukkan air, stok ayam, sos tiram dan minyak bijan ke dalam kuali.
2. Biarkan sehingga mendidih, baru masukkan lobak merah dan brokoli.
3. Setelah lobak merah dan brokoli masak, masukkan pula kubis cina dan cendawan.
4. Gaul rata hingga semua sayur masak (jangan lecur sangat) dan tuangkan bancuhan tepung jagung serta gula.
5. Tadaa...dah siap.

02 February, 2009

Muhammad Adam Wong Selamat Dilahirkan..

Pada 30/01/2009 jam 11.28 pagi aku selamat melahirkan permata hati kami yang diberi nama Muhammad Adam Wong. Aku dimasukkan ke Hospital Bersalin Razif pada 29.01.2009, jam 5.30 ptg selepas habis waktu kerja. Aku ke hospital untuk buat check-up seperti biasa, tetapi jururawat memeriksa pintu rahim aku dah terbuka 2cm.  Aku diberitahu akan dimasukkan ke labour room/bilik bersalin pada pukul 6 pagi. Pada keesokan paginya pintu rahimku diperiksa lagi dan sudah terbuka sebanyak 4cm. Aku masih tidak terasa sakit nak bersalin,cuma rasa contraction selang 10 minit. Air ketuban aku pula tak pecah..jadi Dr terpaksa pecahkan air ketuban. Ku lihat jam di dinding tepat pukul 9.00 pagi ketika air ketuban dipecahkan. Ku masih lagi sempat bersembang dengan suami dan bergurau dengan dia. Pukul 10.30 pagi ku mula rasa sakit memulas sedikit demi sikit. Suami pula panik bila lihat ku sakit macam tu. Ku diberi suntikan tahan sakit. Tapi tak sampai 10 minit disuntik ku semakin sakit. Sakit kali ni memanglah yang teramat sakit..sehinggakan ku hampir-hampir angkat punggung. Dalam keadaan mcam tu ku masih lagi boleh tergelak melihat gelagat suami yang panik semacam sehinggakan dr dan jururawat kata 'eh..macam dia pula yang bersalin,takut sangat'. Ketika kesakitan ku diberi sokongan oleh suami dan midwife di situ.  Keadaan semakin riuh bila dah nampak kepala baby..tapi aku pula dah tak berdaya nak teran. Akhirnya babyaku terpaksa dikeluarkan dengan cara vakum. Jam 11.28 pagi lahirlah seorang lagi umat Rasullah s.a.w yang diberi nama  Muhammad Adam Wong dengan berat 2.82kg. Anak sulung ku ni mirip wajah daddy dia ketika baru dilahirkan. Alhamdulillah aku dan anak ku selamat dan sihat. Kini aku sedang menjalani tempoh berpantang. Aku berdoa agar Muhammad Adam Wong menjadi insan yang beriman dan soleh. Aku dan hubby akan membesarkan Adam dengan penuh kasih sayang dan didikan agama.

Inilah dia Muhammad Adam Wong.
Dilahirkan pada 30hb Januari 2009 pada 11.28 pagi dengan berat 2.8kg.

Followers

Related Posts with Thumbnails